gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Kes Curi Dalam Pesawat Meningkat Di Asia, Malaysia Catat 146 Kes Dalam 10 Bulan
VIRAL
Ibu Arwah Nurly Sahirah Nasihat Jaga Adab Ketika Ziarah - “Kami Letak Tali Sebab Ada Yang Datang Ambil Tanah & Cium”
HIBURAN
Gagal Kawal Emosi! Shiha Zikir Menangis Rakam MV Renjana Sebab…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Pemandu Bot Terbalik Di Pulau Perhentian Positif Dadah, Miliki 5 Rekod Lampau

Gempak
Gempak
29/06/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Pemandu Bot Terbalik Di Pulau Perhentian Positif Dadah, Miliki 5 Rekod Lampau
Pemandu yang terlibat dalam insiden bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu didapati mempunyai lima rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu kini direman bagi membantu siasatan insiden tragik yang mengorbankan tiga nyawa termasuk dua kanak-kanak.
Menurutnya, tiga penumpang yang maut dikenali sebagai Arumugam Sativelo, 40, Vennpani Vijeya Raj, 10, dan Sarrvihka Arumugam, 3, manakala seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Sakthivel Thamil Selvan dilaporkan dalam keadaan kritikal.
“Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam ketika bot yang membawa 15 penumpang terdiri daripada tiga keluarga dalam perjalanan dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar selepas menonton pertunjukan api.
“Difahamkan, pada awalnya pemandu bot telah menasihatkan supaya perjalanan ditangguhkan berikutan keadaan cuaca buruk, namun mereka tetap mahu pulang ke penginapan.
“Ketika hampir tiba ke Pulau Perhentian Besar, bot berkenaan karam selepas berdepan hujan lebat, laut bergelora dan angin kuat,” katanya dalam sidang akhbar di sini pada Ahad.
Beliau berkata, semua mangsa berjaya ditemui hasil operasi menyelamat yang dijalankan oleh polis bersama penduduk setempat yang menyedari kejadian tersebut.
“Kesemua mangsa yang terlibat merupakan pelancong dari Butterworth, Pulau Pinang, yang bercuti selama tiga hari di pulau berkenaan sejak Jumaat lalu.
“Mayat tiga mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut, manakala mangsa kritikal dan 11 penumpang lain dirawat di Hospital Besut,” katanya.
Azamuddin berkata, siasatan awal turut mendapati kesemua penumpang tidak memakai jaket keselamatan semasa kejadian berlaku.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan diri dan keluarga ketika melakukan aktiviti di laut atau pulau.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
“Polis turut mengingatkan semua pengusaha bot supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan, termasuk memastikan pemakaian jaket keselamatan oleh semua penumpang,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement