Pemandu Lamborghini Saman Majlis Bandaraya Selepas Kereta Kena Saman
Asyraf Roslan
29/08/2024 05:55 MYT
29/08/2024 05:55 MYT
Tidak puas hati kerana kereta Lamborghini Huracan Performante bernilai $315,000 (RM1.36 juta) dikenakan saman, pemilik kenderaan tersebut, Anthony Aquilino memfailkan saman pula kepada Majlis Bandaraya New York.
Aquilino telah disaman sebanyak $800 (RM3,475) kerana didakwa telah melakukan pencemaran bunyi.
Aquilino telah disaman sebanyak $800 (RM3,475) kerana didakwa telah melakukan pencemaran bunyi.
Saman Tidak Wajar
Menurut Aquilino, saman yang dikenakan ke atasnya tidak wajar kerana kereta tersebut langsung tidak diubah suai untuk mengeluarkan bunyi bising.
Tambahnya lagi, kereta Lamborghini model 2018 miliknya berada dalam keadaan asal dan memenuhi semua syarat undang-undang untuk dipandu di jalan raya New York.
Pada masa sama, kenderaan tersebut sememangnya mempunyai enjin V-10 yang besar serta direka oleh kilang untuk mengeluarkan bunyi kuat.
Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan, Aquilino menegaskan bahawa undang-undang New York hanya membenarkan saman dikeluarkan kepada kenderaan yang diubah suai secara sengaja untuk meningkatkan bunyi enjin.
Oleh itu, dia tidak sepatutnya dia dikenakan saman tersebut kerana dia tidak mengubah apa-apa.
BERITA TRENDING: Lelaki Maut Dilanggar Kenderaan Undur Sendiri
BERITA TRENDING: Pandu Kereta Dengan Lesen Tamat Tempoh, Nabila Razali Mohon Maaf – “Semoga Jadi Pengajaran”
BERITA TRENDING: Misteri 'Kereta Hamil' Di China Terungkai, Rupa-Rupanya Cuaca Terlalu Panas
BERITA TRENDING: Kes Kanak-Kanak 12 Tahun Pandu Kereta, Bapa Didakwa Cuai
Lulus pemeriksaan tahunan
Aquilino juga menjelaskan bahawa satu-satunya cara untuk mengelakkan saman ini di masa depan adalah dengan tidak memandu kereta tersebut, yang dianggapnya sebagai satu tindakan yang tidak munasabah.
Beliau juga menyatakan bahawa keretanya telah lulus pemeriksaan tahunan tanpa sebarang masalah.
Aquilino yang juga seorang peminat kenderaan mewah menafikan telah memandu dengan laju atau secara melulu pada hari kejadian dan berkata bahawa tiada seorang pun pejalan kaki yang kelihatan terkejut dengan bunyi keretanya semasa dia memandu dengan kelajuan biasa di 41st Street.
Namun, data pelanggaran trafik bandar menunjukkan bahawa Aquilino telah menerima dua saman pada hari yang sama di West Village kerana melanggar lampu isyarat merah dan memandu laju di zon sekolah.
Sumber: New York Post