Viral
Misteri 'Kereta Hamil' Di China Terungkai, Rupa-Rupanya Cuaca Terlalu Panas
Video tular bonet kereta di China yang 'membuncit' seakan wanita mengandung menjadi perhatian penduduk di negara itu.
Suhu panas melampau
Keadaan itu dikatakan berlaku ekoran suhu panas melampau di China sejak beberapa bulan lalu.Cuaca panas terik itu menurut penduduk ia bukan sahaja menjejaskan manusia tetapi mesin apabila bonet sebuah kereta ‘menggelembung’ seperti wanita sedang hamil, lapor portal berita Daily Tribune semalam yang dikongsikan KOSMO pagi Isnin.
Rakaman video menunjukkan bonet menggelembung itu tular di platform media sosial dengan sesetengah netizen menamakan kenderaan tersebut sebagai ‘kereta hamil'.
Sesetengah pengguna lain di platform X mendakwa bahawa kesan sedemikian hanya kelihatan pada kenderaan buatan tempatan.
Bukan gurauan! Kereta buatan China hamil apabila terlalu panas,” tulis seorang wartawan China, Jennifer Zeng di platform X.
BERITA TRENDING:Bau Busuk Menusuk Hidung, Dahan Pokok Tiba-Tiba Patah... Sekumpulan Remaja Lalui Detik Seram Ketika Berendam Di Kolam Resort Pukul 1 Pagi!
BERITA TRENDING:Sayang Anak Punya Pasal, Bapa Sanggup Ubah Suai Tong Sampah Jadikan Bumbung Basikal
BERITA TRENDING:Anak Hempuk Kepala Ibu Guna Helmet Dipenjara 5 Bulan!
BERITA TRENDING:Sudahlah Terpaksa Usung Jenazah Lalu Jambatan Uzur, Penduduk Juga Terpaksa ...
Kereta mengembung
Klip video itu menunjukkan beberapa kereta diletakkan di tempat terbuka.Ia juga menunjukkan ada kenderaan termasuk buatan negara asing yang mengalami masalah serupa.
Masalah itu berlaku apabila gas dan udara pada pelekat yang melindungi cat dan menyeliputi badan kenderaan terperangkap lalu mengembang.
Ia membentuk ‘buih-buih’ yang tidak enak dipandang selain menjadikan kereta tersebut kelihatan ‘hamil’.
Terdapat netizen yang mempersoalkan kualiti penggunaan ‘cat’ berkualiti rendah yang kemungkinan besar mengembang di bawah suhu panas melampau.
Sumber: Kosmo
Must-Watch Video