Laman Utama

Pemandu Singapura Degil, Tak Mahu Berhenti Walaupun Ditahan Polis Trafik

gempak
Izwan Isa
03/08/2023
05:50 MYT
Sponsor Banner
Pemandu Singapura Degil, Tak Mahu Berhenti Walaupun Ditahan Polis Trafik
Umum mengetahui yang tugas polis trafik adalah untuk mengawal dan mengelolakan keadaan lalu lintas, terutama apabila jalan raya dipenuhi kenderaan.
Begitu juga dengan pemandu yang pasti mengikuti arahan serta panduan polis trafik bertugas agar perjalanan berjalan dengan lancar.
Namun, lain pula yang berlaku terhadap seorang pemandu dari Singapura yang memandu di Malaysia baru-baru ini.
Menerusi sepotong video yang dikongsikan netizen, pemandu berkenaan dilihat didekati oleh seorang polis trafik namun, pemandu berkenaan enggan memberhentikan kenderaan.
Sebaliknya, pemandu itu terburu-buru cuba untuk melarikan diri daripada polis berkenaan. Dalam percubaan menghentikan kereta tersebut, polis tadi terpaksa berdiri di hadapan kenderaan itu.
Seperti apa yang disuarakan dalam video yang sama, polis berkenaan bertugas seorang diri dan ia menyukarkan dirinya untuk menghentikan pemandu tersebut. Sungguhpun degil, akhirnya polis berkenaan berjaya memberhentikan kenderaan tersebut di tepi jalan.
Meninjau komen-komen yang ditinggalkan di Twitter, ramai dalam kalangan netizen berasa marah dengan tindakan pemandu dari Singapura itu.
Ada yang mencadangkan supaya pemandu itu disenarai hitamkan daripada memasuki Malaysia dan ada juga yang meminta supaya pemandu tersebut dikenakan tindakan undang-undang.
Untuk rekod, hukuman maksimum dua tahun penjara dan denda RM10,000 boleh dikenakan jika seseorang individu disabitkan kesalahan mengganggu penjawat awam melakukan kerja.
BACA: Gaji Tukang Paip Berlesen Di Singapura Cecah RM40,986 Sebulan​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live