Tukang paip berlesen di Singapura boleh meraih pendapatan purata sekitar S$6,000 (RM20,490) hingga S$8,000 (RM27,324) sebulan.

Menurut ahli kepada Persatuan Paip Singapura, Gary Tan, 40, ada juga antara tukang paip di sana yang turut memperoleh pendapatan lebih tinggi iaitu sehingga S$12,000 (RM40,986) sebulan.

Bercakap kepada Shin Min Daily News, Gary Tan mendakwa, tukang paip berlesen boleh mengenakan caj dan memperoleh pendapatan lebih dua kali ganda berbanding tukang paip tidak berlesen.

BACA: "Sebulan Saya Dapat RM10,000" - Lari Dari Rumah, Haikal Irfan Buktikan Berbaloi Main TikTok

Selain itu, mereka ini kurang melakukan ‘kerja kotor’, dengan peranan yang lebih berkaitan dengan menjalankan pemeriksaan. Ujar Gary, mereka juga mudah untuk naik pangkat.

Gary menambah, dia bekerja di syarikatnya sekarang sejak lapan tahun lalu dan bermula sebagai jurutera projek.

Mengambil kursus untuk menjadi tukang paip berlesen dengan sokongan syarikatnya, dua tahun kemudian, dan dinaikkan pangkat kepada pengurus projek.

Tambah Tan, walaupun gaji untuk tukang paip berlesen boleh mencecah ratusan ribu dolar Singapura, industri paip di sana masih mengalami kekurangan tenaga buruh.

Katanya, industri berkenaan ‘sangat bergantung’ kepada pekerja asing dan syarikat pula tidak menggajikan ramai kelompok berkenaan kerana keperluan untuk membayar cukai yang lebih tinggi, katanya.

Ujarnya, hanya beberapa orang sahaja yang bergelar tukang paip berlesen disebabkan kos dan masa yang dibelanjakan untuk kursus tersebut.

Mendapatkan lesen memerlukan enam hingga sembilan bulan latihan, dan kira-kira S$1,000 (RM3,415), selepas subsidi untuk rakyat tempatan.

BACA: Jawab Isu Gaji YouTuber RM360,000, Che Nom Dedah Hidup Tak Ada Life: “Kalau Cita-Cita Jadi YouTuber Fikir Baik Baik”

Dalam kes tukang paip asing, bagaimanapun, kos ini meningkat kepada S$4,000 (RM13,660).

Disebabkan hal ini, Tan menganggarkan bahawa kira-kira separuh daripada tenaga kerja tukang paip asing di Singapura tidak berlesen.

Sumber: Shin Min Daily News menerusi MotherShip
Sumber foto: BCAsingapore/YouTube