Berita
Pembaca Berita Kantoi Mengelamun Ketika Sedang Bertugas
Video seorang pembaca berita di Australia sedang terleka ketika bertugas telah menjadi viral sejak semalam.
Natasha Exelby, pembaca berita di saluran ABC News 24 sedang mengelamun ketika kamera memberi fokus kepadanya.
Menerusi video tersebut, Natasha yang sedang leka memegang sebatang pen, terkejut apabila mengetahui aksinya dirakam kamera.
Selepas video tersebut menjadi viral, timbul pula spekulasi mengatakan Natasha telah digantung tugas.
Namun, ketua unit berita ABC, Gaven Morris menafikan dakwaan tersebut.
“Kesilapan seperti itu ketika beraksi di hadapan kamera adalah perkara biasa. Penyampai berita kami juga adalah manusia dan bukannya robot.
“Kami sememangnya menjanjikan kualiti dan tahap profesionalism yang tinggi. Tetapi kami tidak boleh janjikan segalanya sempurna tanpa sebarang kesilapan,” kata Morris kepada pihak media.
Natasha juga dikatakan akan terus bertugas seperti biasa. Morris turut menjelaskan bahawa pihaknya tidak akan mendedahkan sebarang maklumat tentang tugasan yang diberikan kepada pekerjanya itu.
Di sini kami kongsikan video Natasha yang terkejut aksinya dirakam kamera semasa sedang bertugas:
Sumber : Theguardian.com
Olahan : Izzat Ridzwan
Must-Watch Video