LAMAN UTAMA
Pembantu Peribadi Neelofa, Pengurus Acara Majlis Pernikahan Beri Keterangan
Pembantu peribadi usahawan dan pengacara Neelofa, Nadia Khairuddin hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bersama peguam yang mewakili selebriti tersebut, bagi memberi keterangan.
Ia berhubung isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam majlis perkahwinan berlangsung pada Sabtu lalu.
Turut hadir pengurus majlis pernikahan, pemilik syarikat Reka Teemor, Faiz Sabari dan isterinya, Rozana Mumtaz yang tiba sekitar pukul 11.40 pagi tadi.
Pasangan suami isteri itu dilihat meninggalkan IPD Dang Wangi kira-kira pada pukul 1.40 petang.
Faiz yang ditemui media pada pekarangan IPD berkata, proses memberi keterangan itu berlangsung dengan baik.
“Semua okey,” katanya ringkas kepada media.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur serta pihak hotel dalam majlis pernikahan selebriti tersebut.
Menurut Mohamad Zainal, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Neelofa, 32, atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor da, PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail yang juga pendakwah bebas disatukan sebagai suami isteri di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada Sabtu lalu.
Majlis pernikahan pasangan berkenaan mendapat liputan meluas media tempatan.
Must-Watch Video