Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pembunuh Sebenar Zayn Rayyan Kembali Jadi Tanda Tanya

Gempak
14/06/2024 03:55 MYT
Pengakuan tidak bersalah oleh ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu pada Disember tahun lalu membuatkan identiti sebenar pembunuh utama kembali jadi tanda tanya.

Ia selepas peguam yang mewakili pasangan berkenaan, Fahmi Abd Moin memaklumkan, pertuduhan yang dijalankan melibatkan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berdasarkan siasatan yang dijalankan pihak polis, bukannya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Abai anak

Mengikut pertuduhan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf didakwa secara bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Berita Trending: #JusticeforZaynRayyan: "Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan" - Polis

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” - Peguam

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari


Kesalahan dilakukan di sekitar Jalan PJU, Damansara Damai di sini pada jam 12 tengah hari, 5 Disember hingga jam 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Bagaimanapun pasangan yang masing-masing berusia 29 tahun itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 pada Khamis selepas hampir dua minggu ditahan.

Pembebasan itu pastinya memberi 1001 kelegaan buat seluruh keluarga Zayn Rayyan terutama ibu bapanya, Zaim Ikhwan dan Ismanira yang sebelum ini ditahan reman bersabit kes tersebut.

Perkembangan terbaharu ini juga sekali lagi menyaksikan identiti atau pembunuh sebenar kepada kanak-kanak malang itu kembali menjadi tanda tanya.

Rata-rata warganet juga tidak kurang sibuknya membuat pelbagai analisis dan andaian mengenai kes pembunuhan penuh tragis yang mendapat liputan meluas seluruh negara itu selepas pelbagai 'plot twist' mengenainya dilaporkan.

Namun, disebalik keghairahan untuk melihat kes ini diselesaikan segera, perlu diingat banyak hati yang perlu dijaga kerana setiap kata-kata dilemparkan tanpa asas kesannya begitu berat kepada emosi seseorang itu.

Tidak dinafikan semua pihak mahukan keadilan buat kanak-kanak malang itu, namun tidak perlulah terlalu berlebihan serta biarkan pihak berkuasa khususnya polis yang diketahui mempunyai kepakaran dan kemahiran tinggi melaksanakan tugas mereka.

Jika kita yang tiada pertalian apa-apa dengan Zayn Rayyan begitu besar harapan untuk melihat kes ini diselesaikan, apatah lagi keluarganya terutama Zaim Ikhwan dan Ismanira.

Jadi, berpada-padalah dalam membuat komen atau hantaran. Sama-samalah kita berdoa kes ini dirungkai dan pembunuh sebenar segera dibawa ke muka pengadilan.

Sumber: Sinar Harian
#Pembunuh #Autisme #Kanak-Kanak #Rayyan #sebenar #Zayn
;