Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pemenang 5 Kali Pingat Olimpik, Tom Daley Umum Bersara Sukan Terjun - "Inilah Waktu Sesuai Untuk Menamatkannya"

Amri Hassan
13/08/2024 02:30 MYT
Atlet Britain, Tom Daley mengumumkan persaraannya daripada sukan terjun selepas berakhirnya Sukan Olimpik 2024 di Paris, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Penerjun berusia 30 tahun itu yang memenangi pingat emas di Tokyo pada 2021, mendedahkan bahawa beliau telah membuat keputusan untuk menamatkan kariernya semasa wawancara dengan British Vogue.

BERITA TRENDING: Tular Kerana Mengait, Rupanya Tom Daley Pernah Hadiahkan Baju Kait Buat Atlet Terjun Negara - “Tak Tau Pulak Mereka Bestie”

BERITA TRENDING: #OhAbeNik: Viral Juara Olimpik Ralit Mengait Tepi Kolam Renang, Lihatlah Hasil Seni Tom Daley Ni!

BERITA TRENDING: Nicol David Beri Kata-Kata Motivasi Buat Dhabitah Sabri - "Bayangkan Kamu Antara 12 Terbaik Dunia, Bangganya Kami Rakyat Malaysia"

BERITA TRENDING: "Dia Sudah Sederet Dengan Juara Dunia" - Jiggy Dedah Dhabitah Video Call Lepas Habis Final, Mengadu Sedih Tak Dapat Hadiahkan Pingat Olimpik Untuk Malaysia




Daley yang menambah koleksi pingat Olimpik kelimanya dengan pingat perak dalam acara 10 meter seirama di Paris, berkata: "Ia terasa sangat, sangat aneh".

"Saya berasa amat gementar untuk menghadapi ini, mengetahui ia adalah Olimpik terakhir saya. Terdapat banyak tekanan dan harapan. Saya sangat bersemangat untuk menyelesaikannya.

"Tetapi apabila saya keluar dan melihat Lance dan anak-anak saya (Robbie dan Phoenix) serta rakan-rakan dan keluarga saya dalam kalangan penonton, saya terfikir, inilah sebabnya saya lakukan ini.



"Ia sangat emosional di penghujung, di atas platform, mengetahui itu adalah terjunan kompetitif terakhir saya. Tetapi saya perlu membuat keputusan ini pada suatu ketika, dan ia terasa seperti waktu yang tepat. Inilah masa yang sesuai untuk menamatkannya," katanya.
-- BERNAMA
#Viral #Sukan #Terjun #Bersara #Olimpik #Tom Daley #Great Britain