Hiburan

Peminat Cilik Rizalman, Airen Nurain Meninggal Dunia

Asraf Aided
22/04/2020
03:20 MYT
Peminat cilik pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim iaitu Airen Nurain, 12, telah meninggal dunia pagi tadi.
Perkara yang dimaklumkan kepada pihak Rizalman menerusi aplikasi Whatsapp itu dikongsi semula di akaun Instagram miliknya.
Menurut Rizalman, dia berasa amat sedih dengan pemergian peminat ciliknya itu.
"Saya amat bersedih kerana saya tahu hari seperti ini akan tiba juga akhirnya.
"Semoga Allah menempatkan adik Airen di tingkatan termulia bersama ibu bapa serta keluarganya, saya amat terkesan," tulis Rizalman di ruangan kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Rizalman yang turut bersedih.
Rata-rata mereka mengucapkan takziah dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada Airen di ruangan komen.
Terdahulu, Rizalman telah merealisasikan impian Airen untuk bertemu dengannya dan mengundang kanak-kanak itu sebagai tetamu istimewa di konsert Kesuma Jiwa yang berlangsung di Istana Budaya Februari lalu.
Difahamkan, Airen telah menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tidur.
Airen telah menghidap penyakit buah pinggang kronik dan ketumbuhan dalam otak.
Salam takziah Gempak ucapkan kepada keluarga Airen, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Baju Kebaya Hari Jadi Jutawan Tudung Bernilai RM134,000 - "36,000 Butir Kristal Swarovski, Fabrik Dari Eropah"

gempak
10/07/2024
01:00 MYT
Jutawan tudung Haliza Maysuri tampil berkongsi nilai busana yang dipakainya ketika sambutan hari jadi ke-47 pada hujung minggu lalu.
Laman Utama

"Why Not Kan?" - Jutawan Tudung Haliza Maysuri Puas Hati Tempah Gaun RM250,000, Bertatahkan 83,900 Kristal Swarovski

gempak
17/12/2023
05:55 MYT
Bukan riyak!
Laman Utama

“Dengan Handbag Bagai. Apa Sebenarnya Content Dia Nak Tunjuk?” - Netizen Persoal Percutian Mewah Rizalman Ke Langkawi

gempak
19/10/2021
02:50 MYT
Ramai pertikai percutian mewah Rizalman di Langkawi
Laman Utama

Letopnya Percutian Langkawi Rizalman...Siap Naik Jet Mewah!

gempak
18/10/2021
10:40 MYT
Pesohor fesyen Datuk Rizalman Ibrahim pergi bercuti ke Langkawi baru-baru ini bersama anak-anak dan pasukannya.
Laman Utama

"Mahu Bersuka Ria Antara Kami-Kami Saja" - Rizalman Dah Tak Terima Followers Baru Di Instagram!

gempak
28/06/2021
03:50 MYT
Rizalman tak memandang kuantiti, sebaliknya...