Hiburan
Peminat Malaysia Jadi Saksi Pertama Perjalan Pembikinan Album Govinda Live Studio Session 2023 - “Di Indonesia Juga Kami Tidak Pernah Tayang..”
Peminat yang menghadiri konsert Govinda Hal Hebat menjadi saksi pertama menyaksikan dokumentari pembikinan Album Govinda Live Studio Session 2023.
Menurut vokalis Govinda, Ifan dokumentari itu tidak pernah disiarkan dimana-mana platform lagi bahkan peminat di Indonesia juga masih belum menontonya.
“Kami berjaya mengumpulkan 12 lagu di dalam album kita Govinda Live Studio Session 2023.
“Perjalanan untuk mewujudkan mimpi besar Govinda tersebut, kita buat sebuah video dokumentari bahkah di Indonesia juga kami tidak pernah menayangkan video ini.
“Jadi istimewa untuk peminat di Kuala Lumpur, kita tayangkan untuk anda semua yang hadir,” kata Ifan.
Dokumentari itu menunjukkan bagaimana kumpulan Govinda melakukan rakaman di Abbey Rod Studio, Whesminster, London.
Studio itu juga pernah digunakan oleh kugiran popular iaitu The Beatles.
Pada masa sama, kumpulan Govinda juga mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir akan ada peluang buat mereka melalukan persembahan di Malaysia menerusi Konsert Govinda Hal Hebat.
Menurut pemain bes Govinda, Yosafat Luki Marendra, dia sangat terharu kerana kali ini dapat menghiburkan peminat mereka disini kerana sebelum ini hanya datang untuk mengiringi persembahan penyanyi,Ernie Zakri.
“Sangat luar biasa, tak pernah pun terfikir dapat peluang seperti ini.
“Dulu kita datang hanya untuk bersama-sama dengan Ernie sahaja tapi malam ini tak sangka kita akan ada disini untuk hiburkan peminat Govinda,” katanya ringkas.
Konsert Govinda Hal Hebat juga turut dimeriahkan dengan penampilan istimewa Aina Abdul, Ernie Zakri dan vokalis kumpulan Padi, Fadly.
Govinda telah menyampaikan lebih kurang 19 buah lagu antaranya Tentang Rasa, Episode Bahagia, Mantan Terindah, Setengah Mati Merindu, Tanpa Batas Waktu, Masing-masing dan Hal Hebat.
Antara rakan artis yang hadir ke konsert berkenaan adalah Anuar Zain, Fattah Amin, Ivan Seventeen, dan Cakra Khan.
Foto Credit: Bangsawan Pictures
Must-Watch Video