TERKINI
Peminat Tak Keruan, Nak Rebut Tiket Konsert Seventeen Ahad Ini
Peminat kumpulan K-Pop, Seventeen mula mengatur strategi untuk mendapat tiket konsert 2017 SEVENTEEN 1ST WORLD TOUR "DIAMOND EDGE yang mula dijual Ahad ini.
Menerusi laman sosial, peminat mula meluahkan rasa bimbang sekiranya tidak berjaya merebut tiket untuk menyaksikan konsert idola mereka di Kuala Lumpur kerana khuatir kehabisan tiket.
Seventeen dianggotai oleh 13 orang anak muda berbakat iaitu S.Coups, Jeonghan, Joshua, Jun, Hoshi, WonWoo, Woozi, DK, Mingy, The8, Seungkwan, Vernon dan Dino bakal hadir ke negara ini untuk konsert 2017 SEVENTEEN 1ST WORLD TOUR "DIAMOND EDGE" di Kuala Lumpur pada 9 September depan.
Dalam pada itu, kumpulan ini juga terkenal dengan tiga sub unit berlainan yang dikenali sebagai Unit Hip Hop, Unit Vokal dan Unit Persembahan yang diperkenalkan mengikut kebolehan dan kepakaran setiap anggota Seventeen.
Seveenten juga telah memenangi anugerah ‘Best World Performer’ di Mnet Asian Music Awards tahun lalu.
Kebolehan dan pencapaian mereka itu menyebabkan peminat tidak sabar untuk menyaksikan sendiri persembahan Seventeen secara ‘live’ apatah lagi ini merupakan kali pertama kunjungan kumpulan K-Pop itu ke Malaysia.

2017 SEVENTEEN 1ST WORLD TOUR “DIAMOND EDGE” IN KUALA LUMPUR yang dianjurkan oleh IME Malaysia ini bakal berlansung di Stadium Negara bermula jam 7.30m malam.
Tiket konsert mula dijual pada 9 Julai (Ahad) ini bertempat di pusat membeli-belah Sunway Velocity, Cheras, tingkat 1, di pintu masuk V Boulevard bermula 11 pagi hingga 3 petang.
Untuk pembelian secara online akan dibuka pada hari yang sama bermula jam 4 petang menerusi TicketCharge.
Manakala untuk jualan outlet, tiket boleh didapati di Speedy Video, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts dan di kaunter infomasi pusat membeli-belah The Mines serta 1 Shamelin bermula 10 Julai.
Berikut merupakan harga-harga tiket yang dijual:
Rock zone – RM530 (free standing)
V.I.P – RM510 (numbered seat)
Cat 1 – RM410 (numbered seat)
Cat 2 – RM310 (free seating)
Cat 3 – RM210 (free seating)
Untuk maklumat lanjut, ikuti laman sosial IME Asia di Facebook, @IME_Asia (Instagram), @IMEProduction (Twitter) dan @IMEProductions (WeChat).
Must-Watch Video