Bintang terkenal Bollywood, Kajol meluangkan masa untuk bersembang bersama peminatnya di ruang soal jawab Instagram Stories baru-baru ini.

Dalam banyak-banyak soalan, Kajol sempat memilih untuk menjawab pertanyaan yang diajukan berkaitan ucapan hari jadi rakan baiknya, Datuk Shah Rukh Khan pada 2 November lalu.

Sudah berlalu beberapa hari, namun tiada ucapan pun dari Kajol. Pelakon filem Kuch Kuch Hota Hai itu ditanya peminat; "Kenapa tak beri ucapan kepada SRK?"



Kemudian jawab Kajol; "Apa lagi yang boleh saya wish? Rasa-rasanya semua doanya sudah termakbul apabila anak lelakinya sudah pulang ke rumah."

Untuk rekod, anak sulung pasangan Shah Rukh dan Gauri Khan, Aryan Khan telah dibenarkan keluar dari penjara dengan ikat jamin.

Aryan ditahan bagi membantu siasatan berkaitan serbuan dadah di kapal persiaran di pantai Mumbai pada 2 Oktober lalu.

Kajol dan SRK pernah digandingkan dalam beberapa filem antaranya Dilwale Dulhania Le Jayenge, Kabhi Kushi Kabhie Gham dan Dilwale. Kajol pernah muncul sebagai cameo dalam filem Om Shanti Om dan Zero.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!