Laman Utama

Peminat Tiram Perlu Hati-Hati, Ini Risiko Kalau Makan Mentah-Mentah

gempak
Izwan Isa
20/10/2023
14:20 MYT
Sponsor Banner
Peminat Tiram Perlu Hati-Hati, Ini Risiko Kalau Makan Mentah-Mentah

Hidangan tiram mentah menjadi tular sejak kebelakangan ini apabila ada peminat yang sanggup membayar sejumlah harga untuk menikmati tiram mentah segar daripada laut.

Namun buat semua peminat tiram mentah, isi mentahnya itu sebenarnya boleh mengundang risiko keracunan makanan memandangkan ia berasal dari laut dan terdapat bakteria vibrio parahaemolyticus.

Menurut hantaran di laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Labuan, bakteria ini termasuk dalam bakteria patogenik yang menjadi punca kepada masalah keracunan makanan.

“Bilangan bakteria ini akan bertambah banyak ketika suhu air meningkat (yang pasti di Malaysia suhu adalah panas).

“Malah, bakteria ini boleh membiak pada kerang-kerangan moluska termasuklah tiram.

“Apabila ia dimakan mentah atau separuh masak, keracunan makanan boleh berlaku,” katanya pada hantaran itu.

Selain bakteria, penyimpanan tiram juga penting kerana perlu disimpan dalam suhu sejuk selepas penangkapannya.

Jelasnya lagi, suhu penyimpanan yang sejuk amat penting bagi mengekalkan kesegaran agar ia tidak cepat rosak.

“Anda perlu ambil berat risiko makan tiram mentah, boleh mengalami keracunan makanan di antara 12 hingga 24 jam selepas makan dan berakhir tiga hingga tujuh hari.

“Simptom keracunan makanan adalah seperti cirit-birit, sakit perut, muntah dan demam,” jelasnya.

Justeru, peminat isi mentah dinasihatkan untuk masak tiram dengan sempurna bagi mengelak keracunan makanan.

Sumber: Kosmo Online

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live