Perlantikan Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yasin masih diperkatakan netizen.

Kali ini, pen yang digunakan Muhyiddin ketika menandatangani surat perlantikan Perdana Menteri di Istana Negara pula menjadi perhatian!

Selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin dilihat menandatangani Surat Perlantikan dan Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sambil disaksikan Setiausaha Negara dan Ketua Hakim Negara.

Difahamkan, pen yang digunakan Muhyiddin bukanlah daripada jenama terkenal pun malah ia sering digunapakai oleh pelajar.

Ia merupakan sebatang pen Artline 2.0 Medium 0.6mm Fineliner dan kebanyakannya digunakan untuk melukis, kaligrafi dan tandatangan.

Harga pasaran semasa pen tersebut sekitar RM2.40 sebatang dan dakwat pen itu terdiri daripada warna hitam, biru, merah dan hijau.



Pen itu bukan hanya digunakan Muhyiddin tetapi juga oleh bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Anda pula selalu guna pen apa?