Penantian penuh sabar pelakon Jehan Miskin berbaloi apabila menimang cahaya mata lelaki selepas isterinya, Julie Camelia Rhee selamat bersalin.

Berita gembira itu dimaklumkan menerusi posting terbaharu di akaun Instagram Jehan pada Ahad.

Selain foto, Jehan juga turut mengumumkan pilihan nama buat anak lelaki kesayangannya.

“Selamat datang ke dunia anak lelaki saya, Axel Nova Rhee Bin Jehan, nama pertama saya. Lahir pada tengah malam, hari kesembilan sambutan Tahun Baru Cina dengan bunyi letupan bunga api, awak benar-benar merupakan satu keajaiban,” coretnya.

A post shared by Jehan Miskin (@jehan_miskin)


Manakala menerusi ruangan komen, rakan-rakan artis juga tidak ketinggalan memberikan ucapan tahniah buat Jehan dan keluarga.

Jehan dan Julie mendirikan rumah tangga pada Mei 2013.

Sebelum ini Jehan pernah berkongsi berita mengenai kehamilan isterinya selepas tujuh berkahwin pada September tahun lalu.