Penari Cherry Yeo Xiao Wei berjaya mengharumkan nama negara selepas meraih tiga pingat emas pada Mallorca Dance Festival (MDF) di Calvia, Sepanyol hujung minggu lalu.

Menurut Malaysia DanceSport Federation, Xiao Wei, 18, menduduki tangga teratas dalam kategori Solo Latin (Belia dan Dewasa).

Bagi kemenangan pertama, Yeo berjaya mengatasi 53 atlet wanita lain untuk bergelar sebagai juara. Manakala, untuk pingat emas kedua pula, penari negara tersebut berjaya menandingi 37 atlet daripada 14 negara berbeza.

Selain itu, Yeo mendapat tempat pertama dalam kategori remaja dan tempat keempat menerusi acara Solo Latin (Dewasa).

Kejayaan Yeo itu turut mendapat perhatian oleh Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh yang mengucapkan tahniah atas prestasi yang memberangsangkan oleh atlet itu.

“Dua pingat emas untuk Cherry Yeo dalam Kejuaraan WDSF di Calvia, Sepanyol. Dia mendapat tempat pertama untuk Kategori Remaja dan Dewasa Solo Latin. Tahniah!” tulis beliau di akaun Facebook miliknya.

PILIHAN PEMBACA: Peminat Bakar Mercun Dalam Pawagam Teruja Tonton Filem Baru Salman Khan

Sumber: SAYS