Pencuri Seluar Dalam Rayu Dakwaan Atas Dirinya Ditarik, Bimbang Lukakan Perasaan Isteri
Gempak
07/08/2024 23:55 MYT
07/08/2024 23:55 MYT
Seorang lelaki Thailand yang dituduh mencuri seluar dalam wanita dari sebuah kampung di wilayah Nonthaburi, Bangkok merayu agar dakwaan terhadap dirinya ditarik balik.
Hal ini kerana, suspek bernama Sanit Cherdchoo itu bimbang jika isterinya berasa kecewa dan menganggap dia menyukai seluar dalam orang lain berbanding seluar dalam milik pasangannya.
Hal ini kerana, suspek bernama Sanit Cherdchoo itu bimbang jika isterinya berasa kecewa dan menganggap dia menyukai seluar dalam orang lain berbanding seluar dalam milik pasangannya.
Pencuri seluar dalam
Menerusi laporan yang dibuat oleh mangsa, Sanit dikatakan mencuri 12 seluar dalamnya yang digantung di luar rumah.
Sanit kemudiannya ditahan selepas rakaman CCTV yang memperlihatkan dirinya mencuri seluar dalam diteliti oleh pihak berkuasa.
Sanit kemudiannya ditahan selepas rakaman CCTV yang memperlihatkan dirinya mencuri seluar dalam diteliti oleh pihak berkuasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Penat Cari Barang Berharga, Pencuri Tertidur Atas Sofa
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ‘Acah’ Pelanggan Kantoi Curi Telefon Bertekak Dengan Orang Ramai Sebab Nak Lepaskan Diri
ARTIKEL BERKAITAN: Sebarkan Muka Penjenayah Aib Di Sisi Agama? Ini Jawapan Ustaz Hadhari
ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle Jadikan Pengalaman Kena Scammed Sebagai Inspirasi Bawa Watak ‘Pencuri’ Dalam One Cent Thief
ARTIKEL BERKAITAN: Pencuri Menyamar Pelanggan Masuk Kafe, Min Yasmin Syukur Tak Berlaku Perkara Buruk
Sanit ditahan pada 7 Ogos dan lelaki berusia 43 tahun itu mengakui bersalah. Sanit memberitahu, dia berbuat demikian kerana berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah.
Dalam masa sama, Sanit mendedahkan yang dia menyembunyikan seluar dalam yang dicuri dalam bilik air dan menggantungkan seluar dalam berkenaan ketika dia sedang melakukan onani.
Dia turut mengaku menggemari gaya seluar dalam seksi yang diperbuat daripada renda dan bergaris nipis di bahagian tepi. Isterinya tidak mempunyai seluar dalam seperti itu, jadi dia terpaksa mencuri. Sanit juga memberitahu polis bahawa dia paling suka seluar dalam warna merah jambu.
Sungguhpun Sanit merayu supaya dakwaan digugurkan, namun, mangsa berkeras untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya.
Selain didakwa kerana mencuri harta milik orang lain, Sanit turut menghadapi pertuduhan penggunaan dadah.
Sumber: Thaiger