Nasib malang menimpa seorang pencuri di sini apabila niatnya yang mahu mencuri barang berharga di sebuah rumah gagal, malah dia ditangkap setelah tertidur kerana penat.

Pencuri tertidur

Pemilik rumah, Imas Sri Susana 60, mendapati pelaku tertidur di atas sofa rumahnya yang terletak di Jalan Gudang Jero 3, daerah Cipedes, kota Tasikmalaya, Jawa Barat kira-kira jam 5.30 pagi waktu tempatan.

"Saya bangun pagi dan mahu menutup lampu, bila ke ruang tamu saya lihat ada seorang yang tidak dikenali sedang tidur di atas sofa, saya terkejut," katanya pada Khamis.

Terkejut dengan apa yang dilihatnya, Imas segera memberitahu kejadian itu kepada penghulu dan anaknya Rini,39.

Setelah berjaya memasuki rumah berkenaan, ternyata pelaku menyembunyikan diri di bawah sebuah kuali namun tidak berjaya meloloskan diri kerana kakinya masih kelihatan kerana saiz kuali itu agak kecil.

Berita Trending: Nahas Rombongan Guru: Salah Seorang Mangsa Sempat Video Call Suami Sebelum Nahas

Berita Trending: TERKINI: Tiga maut, 37 Cedera Dalam Kemalangan Melibatkan Rombongan Guru

Berita Trending: Guru Muzik SMK Ditahan Reman Kerana Didakwa Hisap Kemaluan Pelajar Ketika Tidur

Berita Trending: Sedar Diri, Raffi Ahmad Banyak Solat Taubat Sebelum Tunai Haji

Berita Trending: Netizen Marah Anak Lelaki Krisdayanti Pilih Ibu Tiri, Sifatkan Orang Paling…


Pelaku kemudian ditangkap dan dibawa ke balai polis.

Ketika disiasat, pelaku mengaku dia memasuki rumah Imas sekitar jam 1 pagi waktu tempatan dengan cara memecahkan pintu hadapan.

"Dia juga mengaku pernah mencuri di daerah Cigeureung," kata polis Tasikmalaya Kota, Kompol Iwan. - Agensi

Sumber: Sinar

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.