Keuntungan bersih Berjaya Food didapati merosot kepada RM19.03 juta daripada RM34.7 Juta bagi suku pertama yang berakhir pada 30 September 2023.

Menurut Berjaya, pendapatan kumpulan itu susut kepada RM278.53 juta daripada RM283.05 juta, maklum mereka kepada Bursa Malaysia.

Berjaya juga berkata, penurunan pendapatan tersebut adalah kesan daripada jualan lebih rendah Kenny Rogers Roasters di Malaysia, manakala keuntungan bersih lebih rendah disebabkan pengecilan margin daripada tekanan kos inflasi.

“Keuntungan bersih merosot kepada RM28.32 juta daripada RM50.03 juta daripada suku yang sama tahun lepas. Penurunan tersebut adalah kerana disebabkan pengecilan margin dan tekanan inflasi,” kata Berjaya.

Selain itu, Berjaya turut mengisytiharkan saham interim akan berkongsi dividen dengan saham perbendaharaan bagi setiap 100 saham yang dipegang berakhir 30 Jun 2024.

Lembaga Pengarah menjangkakan semua syarikat yang beroperasi dalam kumpulan yang sama akan kekal dalam landasan untuk baki suku tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024.

BERITA TRENDING: Tak Wajar Boikot Haji Dan Umrah Hanya Kerana Arab Saudi Ingin Normalisasi Dengan Israel