,
Gaya Hidup

Pengambilan Daging Dalam Hidangan, Baik Atau Buruk Kesannya?

Syafiqah Jalal
06/04/2017
02:17 MYT
Pakar nutrisi dari Institut Jantung Negara (IJN) telah menyatakan bahawa rakyat Malaysia makan terlalu banyak produk haiwan dan kurang pengambilan sayur-sayuran.
Obesiti juga menjadi punca kepada penyakit serius seperti diabetes dan jantung yang masih menghantui rakyat Malaysia.
Namun, tahukah anda bahawa dengan mengambil daging di dalam hidangan harian akan menyebabkan beberapa faktor seperti berikut:
1. Meningkatkan Kekuatan Otot Pengambilan protein yang cukup dapat membantu menguatkan otot. Protein yang dimasukkan ke dalam badan juga membantu untuk saraf-saraf pada otot berkembang dengan baik.
2. Sumber Protein Dan Tenaga Di dalam badan kita terdapat berjuta-juta sel yang diperbuat daripada protein. Selain menjadi sumber protein yang baik, daging juga penting sebagai sumber vitamin B12. Vitamin B12 merupakan vitamin yang sukar ditemui pada tumbuhan.
3. Sumber Mineral Daging mengandugi sejumlah mineral terutamanya zat besi. Badan kita juga memerlukan zat besi yang diperlukan untuk mengepam oksigen dari paru-paru ke bahagian tubuh selain turut meningkatkan tahap metabolisme.
Selain memberi kebaikan kepada tubuh, tahukah anda bahawa dengan pengambilan daging yang berlebihan akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti berikut:
1. Masalah Pencernaan Kerap makan daging merah bakal menyebabkan masalah gangguan sistem pencernaan. Daging merah khususnya mengandungi bakteria seperti Eschericia dan akan menyebabkan masalah seperti sukar untuk dihadam.
2. Berisiko Penyakit Jantung Tahukah anda bahawa sekiranya daging sering dipilih sebagai hidangan, risiko untuk mengalami masalah jantung adalah amat tinggi. Hal ini kerana kandungan lemak yang tinggi dalam daging akan terkumpul dalam badan seterusnya mengganggu sistem saluran darah.
3. Berisiko Kanser Usus Pengambilan daging yang berlebihan juga akan menyebabkan Nitrosamine ataupun racun terkumpul dalam badan yang akan memberi kesan buruk kepada usus besar badan kita.
4. Tahap Kolestrol Tinggi Daging merah mengandungi jumlah kolestrol yang paling tinggi berbanding makanan lain. Kadar kolestrol yang tinggi dalam badan pula akan menyebabkan masalah kesihatan yang kronik seperti komplikasi jantung.
Sumber : Astro Awani Olahan : Izzat Ridzwan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

5 Sebab TECNO POVA 6 Pro Sesuai Untuk Kaki Gamer & Mesra Poket!

gempak
27/08/2024
17:28 MYT
Jika anda sedang mencari telefon pintar yang menawarkan prestasi mantap tanpa perlu menghabiskan wang yang banyak, TECNO POVA 6 Pro mungkin menjadi pilihan terbaik untuk anda.
Advertorial

Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

gempak
23/08/2024
07:20 MYT
Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.
Gaya Hidup

Semangat 'Stop At Nothing', Tecno Umum Jadi Penyokong Global Rasmi Pertandingan Kelab AFC 2024/2025

gempak
19/08/2024
17:37 MYT
Jenama teknologi inovatif TECNO mengumumkan sebagai Penyokong Global Rasmi bagi pertandingan kelab yang baru diperkenalkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu Liga Juara-Juara AFC Elite™, Liga Juara-Juara AFC Dua™, dan Liga Juara-Juara Wanita AFC™ untuk musim 2024-2025.
Gaya Hidup

PERSEKA Iktiraf Pereka, Pemakai & Petukang Barang Kemas - "Pemenang Bawa Pulang Jongkong Emas & Belajar Di London"

gempak
06/08/2024
18:14 MYT
Program Air Tangan Emas atau Jewels Of Malaysia (JOM) bakal meneruskan misi pencarian bakat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bermula Ogos ini.
Gaya Hidup

"Kami Tahu Bagaimana Rasa Sakitnya Dihina..." - Precious Of Malaysia Iktiraf Bakat Pelajar IPT, Pertandingkan Di International Cultural Fashion Week!

gempak
03/08/2024
02:58 MYT
Empat IPT bertanding dalam International Cultural Fashion Week iaitu Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM Shah Alam), Taylor’s University, ESMOD Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang