Lapan tahun bukan jangka masa yang sekejap untuk sebuah rindu yang meranum. Terakhir, pada tahun 2014 kumpulan Kembara muncul dengan sebuah konsert di kota Kuala Lumpur. Kemudian dengan konsert yang meninggalkan 1001 kenangan itu, turut berbekas kerinduan terhadap lagu-lagu rakyat serta perjuangan mereka itu.
Untuk tahun ini, Shiraz Projects Sdn Bhd memikul tanggungjawab melunaskan kerinduan tersebut dengan membawakan KONSERT KEMBARA PANORAMA JINGGA: 1444 HIJRAH pada 31 Julai 2022 bertempat di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Bakal bermula pada pukul 8.30 malam, konsert yang menghimpunkan tenaga dan kehebatan Datuk M.Nasir (vokal), Zoul (gitar utama, vokal), Rahman Suri (bass), Shahrum Basiron (dram) dan Md Shah Othman (keyboard) itu akan turut mengheret penonton ke suatu dimensi masa bersama lagu-lagu berjiwa besar mereka.
Menurut Shirazdeen Karim selaku Ketua Pengarah Eksekutif Shiraz Projects, sudah lama pihaknya mengimpikan untuk bekerjasama dengan kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Hati Emas dan Ekspres Rakyat akhirnya bakal terlaksana juga pada Julai ini.
“Perbincangan dan perancangan konsert ini sudah bermula sebelum pandemik lagi dan kami akur dengan keadaan yang melanda. Untuk tahun ini, kami sangat bersemangat untuk membawakan lagu-lagu Kembara berkumandang di dewan berprestij iaitu Dewan Plenari.
"Pastinya Kembara akan memberikan sebuah persembahan yang bertenaga dengan untaian lagu-lagu mereka yang cukup nostalgik dan ikonik untuk para pendengar.
“Mengapa konsert ini diberi judul Kembara Panorama Jingga : 1444 Hijrah? Para peminat setia pasti tahu namun untuk sebuah kepastian dan ‘surprise’ yang lebih menyenangkan, penonton wajib datang ke konsert ini kelak,” tambah Shiraz memberikan ‘hint’ tentang sesuatu yang bakal terjadi di konsert itu kelak.
Tiket-tiket berharga RM860 (Meet and Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Gold), RM200 (Silver) dan RM160 (Bronze) akan mula dijual pada 2pm, 10 June 2022. Peminat-peminat Kembara juga boleh membeli T-shirt eksklusif apabila membeli tiket konsert di laman web www.myticket.asia.
Shiraz Projects mengharapkan para peminat Kembara khususnya akan mendukung konsert ini. Melihatkan sokongan yang diberikan kepada selebriti tanah air yang muncul dengan pelbagai konsert tahun ini, Shiraz malah yakin konsert ini memang ditunggu-tunggu.
Konsert Panorama Jingga 1444 tesebut disifatkan akan mengubat rindu peminat Kembara di zaman 80an dan akan juga memberi peluang kepada generasi baharu untuk mengenali muzik Kembara dengan akrab lagi dengan persembahan ‘live’ yang bertenaga yang bakal mereka bawakan.
Jangan lepaskan momen dan lakaran sejarah yang bakal tercipta kelak dengan tandakan kalendar anda dengan konsert hebat ini.
KEMBARA: KONSERT PANORAMA JINGGA 1444
Tarikh : 31 Julai 2022, Ahad
Venue : Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Laman Web : www.shirazprojects.com
Harga tiket : RM860 (Meet & Greet)
RM460 (Diamond)
RM360 (Platinum)
RM260 (Gold)
RM200 (Silver)
RM160 (Bronze)
Tiket : www.myticket.asia
Contact : 03 86050196
Info Hotline : 012 256 0082
Amri Hassan
Thu Jun 09 2022


Ashton Kutcher Dedah Alami Penyakit Parah: “Saya Bersyukur Kerana Masih Hidup”
Aktor Ashton Kutcher mengejutkan peminatnya dengan pengakuan mengenai kesihatan dirinya.

Victoria Beckham & Menantu Kaya Tak Ngam
Khabar kurang enak datang dari keluarga Victoria Beckham. Isteri pemain bola legenda David Beckham ini didakwa bermasam muka dengan anak menantunya yang kaya raya, Nicola Peltz.

“Malu Tapi Bila Terbayang Mak Ayah Dekat Rumah…” - Muncul Live Di TV, Ryan Bakery Pun Ada Rasa Gementar Tau!
Ryan dah masuk tv guys!

Syafiq Yusof Tak Mahu Berlumba Dengan Keluarga Sendiri - "Abang Dan Ayah Sifu Saya"
Syafiq berkata, kritikan penonton boleh membantu memperbaiki karyanya pada masa akan datang
![[VIDEO] Nyanyian Amir Masdi Memukau Netizen, Digelar Rockstar Malaysia! [VIDEO] Nyanyian Amir Masdi Memukau Netizen, Digelar Rockstar Malaysia!](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/minimal-aesthetic-business-name-facebook-cover-(23)_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Nyanyian Amir Masdi Memukau Netizen, Digelar Rockstar Malaysia!
Amir dapat duet dengan ratu rock

Astro Go Shop Raikan Hari Kebangsaan Dengan 'Go Gemilang Sale'
Raikan Hari Kebangsaan bersama Go Shop dengan baucar diskaun sehingga RM112 melalui ‘Go Gemilang Sale’ dari 8 Ogos hingga 18 September 2022.

Perginya Raja 'Pleat'... Pereka Fesyen Issey Miyake Meninggal Dunia Kerana Kanser Hati
Berita duka buat pencinta fesyen...

Pandelela Rinong Bangga Prestasi Atlet Muda, Akui Bergelut Dengan Masalah Jet Lag Di Birmingham
Jangan putus asa.

“Inilah Saya… Jika Anda Boleh Menerima Saya, Alhamdulillah” - Elyana Perjelas Status Sudah Tidak Berhijab
Elyana perjelas isu sudah tidak berhijab

Ainul Diserang Sawan, Ibu; "Seperti Ditidurkan, Hanya Bola Mata Saja Mampu Gerakkan"
Ibu kepada Ainul Mardhiah, Nurul Erwani memaklumkan anak perempuannya diserang sawan berulang kali sejak Ahad.