Skip to main content

Hiburan

“Watak Jahat Paling Senang Nak Bawa” – Dian P. Ramlee

“Watak Jahat Paling Senang Nak Bawa” – Dian P. Ramlee

Sekilas

  • Dian P. Ramlee berkata watak antagonis seperti Mak Leha lebih mudah dibawakan kerana memberi ruang melepaskan emosi berbanding watak lemah lembut yang memerlukan kawalan ketat.
  • Pelakon itu menjelaskan perbezaan watak jahat berdasarkan latar belakang, di mana watak jahat orang kampung lebih santai manakala orang kaya lebih terkawal dan berkarisma.
  • Drama Suamiku Anak Mak yang dibintangi oleh Dian bersama Emma Maembong, Keith Foo dan Izzue Islam kini ditayangkan di Astro Ria dan boleh distrim di sooka.
Advertisement

Pelakon versatil Dian P. Ramlee menyifatkan watak antagonis seperti Mak Leha dalam drama Suamiku Anak Mak lebih mudah dibawakan berbanding karakter lemah lembut.

Dian berkata, watak jahat memberikannya ruang untuk melepaskan emosi, manakala karakter lembut memerlukan kawalan pada setiap gerak-geri.

“Sebagai pelakon, bagi saya watak paling senang hendak dibawa ialah watak jahat sebab kita boleh benar-benar melepaskan semuanya.

“Kalau watak lemah lembut, sangat susah sebab kena kawal segala-galanya. Kena kawal emosi, wajah, mata dan sebagainya,” katanya.

Menurut Dian, perbezaan tersebut mempengaruhi cara seseorang pelakon menzahirkan emosi ketika menjayakan sesuatu babak.

“Kalau jahat, kita lepaskan sahaja. Apabila dilepaskan, emosi itu akan keluar dan terus keluar. Kalau disimpan, tidak bolehlah.

“Kalau watak lembut, kita kena simpan. Jadi kena kawal emosi,” ujarnya.

Bagaimanapun, Dian menegaskan watak antagonis juga mempunyai perbezaan mengikut latar belakang dan keperibadian karakter.

Katanya, pendekatan membawakan watak jahat dari kampung tidak sama dengan karakter berlatarbelakangkan kehidupan orang berada.

“Kena tahu, watak jahat saya ini orang kampung. Jahat orang kaya pula lain, ada gayanya. Tidak boleh disamakan.

“Watak jahat orang kampung lebih santai dan lepas. Watak jahat orang kaya pula lebih terkawal, ada auranya.

“Semuanya melibatkan postur tubuh. Jadi ada perbezaan karakter antara watak jahat orang kaya dengan orang kampung,” jelasnya.

Bagi Mak Leha, Dian memilih untuk memperlihatkan emosi karakter tersebut secara lebih terbuka.

“Apabila saya membawakan watak orang kampung, saya akan lepaskan. Watak itu akan meluahkan semuanya, bergaduh dengan jiran pun dia tidak simpan.

“Tetapi watak Mak Tok yang kaya, yang pernah saya bawakan dahulu, saya kawal. Watak itu ada ramai pengawal peribadi.

“‘Bunuh dia!’ Dia hanya beri arahan sahaja. Itulah bezanya,” katanya.

Dibintangi Emma Maembong, Keith Foo, Dian P. Ramlee dan Izzue Islam, Suamiku Anak Mak kini sedang ditayangkan menerusi slot Megadrama, jam 10 malam, di saluran Astro Ria, dan boleh distrim melalui sooka.

Anda mungkin berminat dengan

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Must Watch Video

Advertisement