Pengarah dan penerbit Radius One, Shahrulezad Mohameddin menerima keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai semalam (4 Mei).

Jelas pengarah drama Nur, ramai yang akan hilang punca pendapatan serta kerja sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diteruskan.



"Pemandangan di beberapa buah kedai pajak kedai sekitar. Sebaik bermulanya PKPB hari ni ramai yang berpusu-pusu ke situ.

"Sekarang faham kan kenapa kerajaan terpaksa ambik keputusan tak popular bukak balik aktiviti ekonomi walaupun berisiko tinggi?

"Sebab kerana macam ni lah. Lagi lama kita 'shutdown' lagi banyak pemandangan sebegini kita akan lihat hari demi hari. Makin ramai yang hilang pendapatan. Makin ramai yang hilang kerja," tulisnya di Instagram (IG).

Pengarah drama Nur itu turut berkongsi beberapa keping foto yang menunjukkan orang ramai sedang beratur di kedai pajak gadai.

Pemandangan di beberapa buah kedai pajak kedai sekitar. Sebaik bermulanya PKPB hari ni ramai yg berpusu pusu ke situ. Sekarang faham kan kenapa kerajaan terpaksa ambik keputusan tak popular bukak balik activiti ekonomi walaupun berisiko tinggi? Sebab kerana macam ni lah. Lagi lama kita shutdown lagi banyak pemandangan sebegini kita akan lihat hari demi hari. Makin ramai yg hilang pendapatan. Makin ramai yg hilang kerja. Cuma abam harap sangat masing masing jaga diri masing masing jangan sampai hujung hujung muncul pulak kluster pajak gadai sudah ? kesian KKM dengan frontliners nak kontrol balik pandemic ni. Semoga Allah pulihkan keadaan sosial dan ekonomi negara kita seperti sediakala. Semoga kita semua menang dalam peperangan ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on


Dalam pada itu, Shahrulezad mengingatkan kepada semua orang supaya bertanggungjawab terhadap diri sendiri bagi mengelakkan pertambahan kluster baharu.

"Cuma abam harap sangat masing-masing jaga diri masing-masing jangan sampai hujung-hujung muncul pulak kluster pajak gadai sudah. Kesian KKM dengan frontliners nak kawal balik pandemik ini.

"Semoga Allah pulihkan keadaan sosial dan ekonomi negara kita seperti sediakala. Semoga kita semua menang dalam peperangan ini. Amin Ya Rabbal Alamin," tulisnya lagi.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah Covid-19!