Pengasas jenama baju Melayu lokal nombor satu, Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi memperuntukkan kira-kira RM200,000 untuk kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menerusi kempen Sinar Ramadan Bulan Bintang.

BERITA TRENDING: "Allah Dah Jawab Doa Saya" - Ibu Tunggal Sebak Menang Pakej Umrah, Asbab Beli Baju Melayu Untuk Anak Teruna

Kata Azzim atau lebih dikenali sebagai Meri, fokusnya tahun ini untuk memberikan semula kepada masyarakat dan meringankan beban terutama golongan miskin tegar, anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

"Ini adalah kali pertama secara besar-besaran, tahun ini kami ingin memberikan semula kepada masyarakat.
"Ada beberapa siri activation telah dilakukan sepanjang kempen tahun ini termasuk bersama OKU cacat penglihatan, ibu tunggal, miskin luar bandar, pelajar dan anak-anak yatim.

"Untuk kempen ini kami belanjakan antara RM150,000 hingga RM200,000 termasuk pek bantuan makanan dan baju raya," ujarnya.

A post shared by BAJU MELAYU FAVOURITE (@bulanbintanghq)


Meri berkata demikian ketika hadir ke program Sinar Ramadan Bulan Bintang yang diadakan di Surau Al Mukmin, Bandar Saujana Putra, Selangor, pada Sabtu.

Shukri, Hannah, Nadhir agih bubur lambuk

Hadir bersama menjayakan kempen berkenaan ialah barisan duta Bulan Bintang iaitu Shukri Yahaya, Hannah Delisha dan Nadhir Nasar.

BERITA TRENDING: "Seminit Gembira, Tiba-Tiba..." - 3 Bulan Hannah Delisha Hamil, Sebulan Bayi Dikandung Meninggal Dunia Dalam Kandungan

Dalam program berkenaan, mereka turut sama turun padang berganding bahu dengan penduduk setempat untuk mengacau bubur lambuk dan mengagihkan kepada orang awam.

Turut diagihkan bersama pek makanan, barangan keperluan asas dan juadah berbuka puasa.

Tambah hadiah pakej umrah

Dalam pada itu, Meri menyatakan pihaknya sudah menambah hadiah menunaikan umrah kepada 10 lagi pemenang cabutan bertuah yang bernilai RM12,080 setiap pakej.

Malah katanya, sudah lebih dari 70% hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta sudah dimenangi oleh pelanggan dan baki akan dihabiskan sebelum bulan Ramadan berakhir termasuklah sebuah Nissan GT-R.

"Pada mulanya kami hanya menyediakan lima pemenang untuk pakej umrah di mana setiap pakej boleh membawa pasangan. Namun sambutan sangat menggalakkan dan perasaan dapat tunaikan umrah itu sesuatu yang sangat berharga, tidak sama seperti menang kereta.

"Disebabkan itu kami tawarkan 10 pakej umrah di mana 20 orang akan berpeluang untuk tunaikan ibadah umrah. Harga bagi satu pakej ialah RM12,080 dan menjadikan jumlahnya RM241,600.

"Kini hanya berbaki 30% daripada hadiah keseluruhan untuk dimenangi sebelum menjelang hari raya. Terima kasih kepada semua pelanggan yang terus menyokong produk kami," ujarnya.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sinar Ramadan Bulan Bintang mendapat kerjasama bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang akan berkunjung ke tujuh buah lokasi di seluruh Malaysia.