Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak kini mempunyai koleksi Hot Wheels tersendiri, diinspirasikan daripada tagline kegemaran beliau, ‘malu apa bossku.’
Berkongsi gambar model kereta pacuan empat roda tersebut di laman Facebook rasminya, Najib Razak, rata-rata netizen terhibur dengan koleksi edisi terhad kereta itu.

“Betul tak betul, saya tak tahu. Member WhatApps tadi.
“Kalau jumpa, jangan tengok saja. Limited edition ni. Lepas beli kasi up gambar sekali," tulis Najib di Facebook miliknya.
Menjengah ke ruangan komen, ada penggemar yang tidak sabar untuk mendapatkan koleksi ‘malu apa bossku’ ini.
Namun, difahamkan koleksi Hot Wheels Najib Razak ini tidak boleh didapati di kedai mainan ataupun pengedar Hot Wheels yang sah.
Hal ini kerana kereta Najib Razak ini merupakan kereta yang ditempah khas oleh seorang pengumpul Hot Wheels dan ia tidak dijual di tempat lain.
Tapi, mana tahu atas permintaan ramai, mungkin pihak Hot Wheels akan merealisasikan tempahan khas ini menjadi edisi yang sah... Kan?