Laman Utama

Peniaga ‘Bergocoh’ Di Laman Siti Khadijah, Rupanya Sebab Benda Simple Ni Je!

gempak
Izwan Isa
08/11/2023
07:25 MYT
Sponsor Banner
Peniaga ‘Bergocoh’ Di Laman Siti Khadijah, Rupanya Sebab Benda Simple Ni Je!
Pengguna media sosial pasti ada terlihat rakaman video yang menyaksikan pergaduhan antara dua peniaga di sebuah lokasi yang didakwa sebagai Pasar Siti Khadijah.
Menerusi sepotong video yang viral di platform X, kelihatan beberapa peniaga ‘bergocoh’ di hadapan kedai sambil beberapa orang awam bertindak meleraikan pergaduhan itu.

BERITA TRENDING: Pemilik Gerai Biadap Campak Duit Pelanggan Buat Hal Lagi - “Pelik Ada Juga Orang Makan Kat Situ”

Papan tanda di hadapan gerai juga dijatuhkan oleh salah seorang peniaga, selain ada yang membunyikan hon kenderaan, bertujuan untuk memberhentikan pergaduhan.
Menerusi laporan media, pergaduhan tersebut dikatakan berpunca daripada perebutan pelanggan antara peniaga di Medan Selera Laman Siti Khadijah, Kota Bharu.
Para peniaga dikatakan saling tidak berpuas hati antara satu sama lain sehingga mencetus pergaduhan di antara mereka. Kejadian yang berlaku pada jam 5 petang, Ahad itu turut membabitkan sekumpulan lelaki dan perempuan yang disyaki pemilik serta pekerja gerai masing-masing.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata, pihaknya menerima dua laporan berhubung kes itu pada malam semalam.
Siasatan mendapati, kejadian dipercayai berpunca dari isu berebut pelanggan di antara peniaga gerai makan di Laman Siti Khadijah.
“Kedua-dua belah pihak, pemilik premis berusia 30-an dan 40-an tampil ke Balai Polis Kota Bharu untuk membuat laporan tetapi beberapa jam kemudian, mereka menarik balik laporan terbabit dengan alasan ingin menyelesaikan perkara itu secara aman.
“Bagaimanapun kami tetap meneruskan siasatan dan akan mengesan serta menangkap suspek yang terbabit,” katanya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyan 147 Kanun Keseksaan (KK), jika disabitkan kesalahan, kesemua yang terbabit boleh dikenakan hukuman penjara hingga tempoh 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

BERITA TRENDING: “Setakat RM8 Hang Ni Aku Tak Heran” - Peniaga Biadab, Campak Duit Pada Pelanggan

Meskipun kedua-dua belah pihak cuba menarik balik laporan polis dengan tujuan untuk selesaikan sendiri, pihak polis katanya akan terus menjalankan siasatan dan tindakan susulan kerana tidak mahu orang ramai terbiasa dengan tindakan sendiri yang membelakangkan undang-undang.
Sumber: Platform X, BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live