Gaya Hidup
Peniaga di Pulau Pinang Dilarang Guna Telefon Pintar & Perhiasan, Tapi Kenapa?
Tahukah anda di Pulau Pinang, peniaga bazar Ramadan dilarang untuk menggunakan telefon bimbit dan memakai jam tangan tangan serta perhiasan diri?
Jika gagal mengikuti peraturan, peniaga-peniaga ini boleh dikenakan didenda.
Menurut laporan Astro Awani, tindakan itu berikutan peniaga di Pulau Pinang gagal mematuhi peraturan berkaitan aspek pemakaian dan penjagaan kebersihan yang ditetapkan.
Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Ku Nafisah Ku Ariffin, sepanjang operasi yang dijalankan di bazar Ramadan tahun lepas, sebanyak 128 notis membabitkan nilai kompaun berjumlah RM18,200 dikeluarkan kepada peniaga yang gagal mematuhi syarat yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
"Antara kesalahan yang sering ditemui adalah berkaitan kebersihan premis, pekerja tidak mendapat suntikan anti-tifoid dan masalah pakaian pengendali makanan.
"Keseluruhan kutipan dari kompaun yang kita dapat adalah RM18,200, agak banyak. Kita lihat banyak berlaku ketidakpatuhan kepada peraturan kebersihan makanan yang telah kita tetapkan, jumlah kutipan tu agak besar," katanya.
Jelasnya, tahun ini diharapkan jumlah peniaga yang tidak mematuhi arahan akan berkurang memandangkan taklimat berkaitan aspek keselamatan dan kebersihan sudah diberikan.
Sumber: Astro Awani
Must-Watch Video