BERITA
Peniaga Wanita COD Makanan Dipercayai Dibunuh, Mayat Ditemukan Di Tepi Sungai
Seorang wanita yang juga peniaga makanan ditemui mati disyaki dibunuh di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada Khamis.
Ada undur jenayah pada tubuh mangsa
Mayat mangsa berusia 37 tahun ditemui seorang lelaki sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada pihak polis kira-kira jam 12.45 tengah hari.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, susulan itu, sepasukan anggota polis bersama pakar patologi forensik dari Hospital Tengku Ampuan Afzan menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian dan mendapati ada unsur jenayah pada tubuh mangsa.
Menurutnya, berdasarkan maklumat saksi, mangsa yang tinggal di daerah ini menjalankan perniagaan makanan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta berhubung dengan balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," ujarnya."Mangsa dikatakan datang ke kawasan tempat kejadian untuk menjalankan urus niaga secara hantaran (COD) kira-kira jam 7.30 malam hari sebelumnya. "Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.Wan Mohd Zahari berkata, pihak polis memohon kerjasama masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian hingga boleh mengganggu siasatan.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video