Laman Utama
Penonton Konsert Coldplay Luar Daerah Tak Boleh Jamak Qasar Maghrib-Isyak, Warganet Beri Alternatif Mudah
Seorang pengguna media sosial X berpesan kepada peminat Coldplay yang menghadiri konsert kugiran itu pada malam ini untuk tidak melakukan jamak qasar solat Maghrib serta Isyak.
BERITA TRENDING: Chris Martin ‘Buat Hal’, Ikut Trend Nak Pinjam Seratus Waktu Konsert Coldplay
“Untuk kawan-kawan yang dari luar daerah pergi ke konsert Coldplay esok, ingat. Solat tak boleh jamak qasar Maghrib-Isyak. Solat satu satu.Untuk kawan kawan yang dari luar daerah pergi ke konsert Coldplay esok, ingat.
Solat tak boleh jamak qasar Maghrib-Isyak. Solat satu satu.
Surau ada dekat luar. Time Bunga menyanyi tu keluar la dulu solat.— Azraei Muhamad | #FinancialGory (@azraeimuhamad) November 21, 2023
“Surau ada dekat luar. Time Bunga menyanyi tu keluar la dulu solat,” tulisnya ringkas.
Menerusi rungan balas, ada dalam kalangan pengguna media sosial lain yang berkongsi penjelasan mengenai perkara itu.
Selain itu, ada juga yang mencadangkan supaya solat terlebih dahulu memandangkan waktu solat Maghrib kini agak awal, iaitu 6.59 petang.
BERITA TRENDING: Ramai Gesa Konsert Coldplay Dibatalkan, Ramli MS - “Yang Suruh Cancel Orang Yang Tak Beli Tiket”
Coldplay menerusi Konsert Music Of The Spheres bakal mengadakan persembahan sulung mereka di Malaysia di Axiata Arena, Kuala Lumpur.Must-Watch Video