Filem Jebat yang menampilkan gandingan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose terus menjadi bualan peminat.

Biarpun sudah lebih seminggu ditayangkan di saluran Astro First, karya arahan Jamal Khan itu kekal mendapat sokongan daripada orang ramai.

BACA: "Best! Dah 10 kali Tengok1' - Ramai Suka Ulang Tonton Filem Jebat Berkali-Kalu...Memang Layan!

Bahkan, mereka yang sudah menonton mengakui gandingan Sharnaaz dan Nelydia merupakan padanan yang cukup ideal sebagai hero dan heroin.

Sampaikan ramai yang berharap agar filem Jebat akan mempunyai sekuelnya tersendiri.

Ini kerana, rata-rata yang sudah menonton mahu menyaksikan lebih banyak adegan romantik antara kedua-dua mereka.

"Jebat 2 pulak...lekas!

"Puan Ziela Jalil, kan best kalau ada sambungan lagi Jebat ni, tak pernah jemu tengok.

"Memang best, harap ada sambungan lagi selepas ini.

"Cerita best, tapi ending dia..baru nak teruja sekali Jebat, eh habis dah..ke ada movie kedua?,

"Terbaik. Best sangat, rasa tak puas. Jebat 2 please," komen sebahagian penonton.



Bukan main hebat lagi penangan filem Jebat!

Jadi, kalau anda nak tahu apa yang terjadi dalam filem Jebat, jangan lupa tonton di Astro First saluran 480 hari ini.

Setiap langganan yang hanya bernilai RM15, penonton berpeluang menyaksikan Jebat berulang kali dalam tempoh 48 jam.

BACA: Jebat Raih RM1.3 Juta Dalam tempoh 4 Hari Tayangan, Memang Padu!

Dalam pada itu, bagi anda yang ingin mengambil 'mood' Jebat, apa kata tonton drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Gempak.

Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.