,
Laman Utama

Pensyarah Tegur Peniaga Jual Daging Katak Secara Terbuka Di Pasaraya Tempatan

Izwan Isa
26/10/2023
04:50 MYT
Kecoh di laman sosial apabila seorang peniaga didapati menjual daging katak yang telah dibuang kulit dan kepala bersebelahan dengan makanan basah halal di sebuah pasaraya tempatan.
Menerusi gambar yang dikongsikan netizen, ramai dalam kalangan pengguna berasa tidak senang melihat hal itu, apatah lagi pasaraya berkenaan turut dikunjungi oleh mereka yang beragama Islam.
Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat, Fakulti Pengajian Islam,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, sebagaimana daging babi, makanan tidak halal lain seperti katak dan lain-lain wajib dipisahkan dengan makanan halal.
Menurutnya, daging katak haram dimakan berdasarkan hadis riwayat Abu Daud bahawa nabi melarang membunuh katak.
"Mazhab Shafie sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Nawawi dalam Kitab Majmuk bahawa orang Islam tidak boleh makan katak.
"Oleh kerana Malaysia berpegang dengan Mazhab Shafie, maka umat Islam di Malaysia berpegang bahawa daging katak adalah haram dimakan," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Izhar Ariff berkata, pinggan yang digunakan bagi mengisi katak itu perlu dibasuh bersih sebelum digunakan untuk makanan halal lain.
Pada masa sama, beliau menasihati pengusaha dan peniaga untuk peka aspek pengasingan makanan halal dan haram bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan pengguna.
"Nasihat saya kepada pengusaha, tolong jaga sensitiviti umat Islam di Malaysia supaya tidak menimbulkan perbalahan dan khilafan dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya.
Sumber: Sinar Harian
BACA: “Lagi Sedap Dari Ayam, Daging Halus Manis”- Kongsi Pengalaman Makan Katak, Isteri Adam Corrie Tak Tahan Geli
BACA: Andi Bernadee Kena Santau? Pergi Berubat Jumpa Katak Kering, Paku Karat...​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Isu ‘Jual’ Daging Katak, NSK Mohon Maaf

gempak
29/10/2023
06:30 MYT
NSK mengakui kesilapan