Pihak kerajaan akan mengadakan satu kongres budaya sebagai usaha membantu penggiat seni dalam memajukan industri hiburan tempatan.

Cadangan itu dinyatakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil ketika mengadakan pertemuan ramah mesra dengan rakan artis di Kuala Lumpur semalam.

Beliau memberitahu pada media, pihaknya akan meneliti semua laporan daripada kementerian mahupun pihak berkuasa sebelum sebarang agenda dapat dilaksanakan membabitkan golongan selebriti.

"Sebelum mencadangkan apa-apa mungkin kita kena kumpul semua anak seni dan mendengar dalam satu forum atau kolokium di dewan.

"Saya percaya dulu kita boleh adakan kongres kebudayaan tapi kenapa tidak dilakukan sekarang," katanya.

Baginya, dia bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan akan berusaha dalam menganjurkan satu kongres kebudayaan yang baru iaitu pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk mendengar maklum balas, suara, harapan dan impian penggiat seni tempatan.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @fahmifadzil.1