Pasangan sama cantik sama padan, Mira Filzah dan Wan Emir Astar memenuhi permintaan peminat yang menginginkan mereka membuat video di saluran Youtube.

#EmirAmirah telah dipilih sebagai nama akaun tersebut di mana menjadi platform kepada mereka yang ingin menonton Mira dan Emir.

"Assalamualaikum dan hai semua..video pertama kami bersama. Kami buat keputusan membuat video ini kerana banyak permintaan untuk kami ada saluran Youtube bersama.

"Tapi untuk makluman bahawa video seperti ini tidak selalu kerana kami masih baru dalam hal ini.

"Kami juga mengalu-alukan cadangan anda untuk video seterusnya," katanya.

Menerusi video yang berdurasi hampir 10 minit itu memaparkan keserasian pasangan tersebut melakukan cabaran 'Knowing Each Other Challenge'.

Antara soalan yang diajukan adalah masakan pertama yang dimasak Mira, subjek kegemaran Emir, warna pakaian yang dipakai Mira ketika kali pertama mereka berjumpa dan waktu mereka dilahirkan.

Rata-rata peminat gembira melihat keserasian pasangan ini yang hampir berjaya menjawab kesemua soalan.

"Permulaan video tu lawak. Kemain panjang Emir bersyarah.

"Siti suke tau Mira Filzah dan Emir ni!!!!

"2:37 Mira sedar dia tertinggi suara kat Emir. Comel.

"Yeayyyyyy lama dah tunggu," antara komen-komen yang ditulis.

Video yang dimuat naik pada 25 Oktober lalu telah mendapat lebih 450,000 tontotan dan hampir 700 komen.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar, 30, pada 3 September lalu.

BACA: Mira Filzah Sah Isteri Kepada Wan Emir