gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Serik Tengok Pergaduhan Pengguna Jalan Raya, Ryzal Ibrahim Tak Jadi Nak Aktif Kembali Berbasikal - “Saya Pulangkan Balik…”
HIBURAN
Ridzokumura Simpan Dalam Pasport, Bawa Nota Terakhir Arwah Isteri Kemana Sahaja - “Masih Tak Kuat, Menggigil Saya Tengok…”
HIBURAN
Tak Pandai Pakai Barang Berjenama, Atikah Suhaime Nak Didik Anak Hidup Bersederhana - “Mungkin Cara Saya Sedikit Berbeza…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GAYA HIDUP

Penyakit Kucing Yang Boleh Membunuh Manusia!

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
25/04/2017
09:41 MYT
Sponsor Banner
Penyakit Kucing Yang Boleh Membunuh Manusia!
Kucing merupakan antara haiwan yang paling disayangi dan ramai di antara kita memilih kucing sebagai haiwan peliharaan.
Namun, tahukah anda bahawa terdapat penyakit yang dihidap oleh kucing dan boleh berjangkit dengan manusia sehingga menyebabkan kematian?
Penyakit ini akan berpindah kepada manusia melalui cakaran, gigitan, sentuhan dan najis.
Berikut kami kongsikan penyakit paling bahaya yang boleh berjangkit daripada kucing:
1. Toxoplasmosis Tahukah anda, sebenarnya Toxoplasmosis ini disebabkan oleh parasit Toxoplasma gondii yang membiak di dalam sel usus kucing. Kucing terbiar atau kucing yang tinggal di luar rumah lebih mudah dijangkiti penyakit ini kerana mereka makan tikus, serangga, atau berinteraksi dengan kucing lain yang telah dijangkiti. Kucing yang dijangkiti penyakit ini akan nampak sihat pada luaran, tetapi dalamannya tidak.
Penyakit ini juga boleh berpindah ke dalam badan manusia jika tersentuh najis kucing yang telah dijangkiti, tetapi tidak mencuci tangan dengan bersih sebelum makan.
Jika anda seorang yang sihat, penyakit ini mungkin hanya akan memberi kesan sampingan seperti selsema. Namun, jika penyakit ini berjangkit kepada bayi di dalam kandungan, ianya akan mengakibatkan bayi tersebut mengalami masalah penglihatan, selain boleh menyebabkan keguguran.
2. Rabies Rabies boleh berjangkit kepada kucing anda apabila ia digigit dengan haiwan lain seperti anjing. Setelah virus tersebut disebarkan kepada kucing anda, akan menjadi masalah besar sekiranya kucing tersebut menggigit manusia.
Di peringkat awal, penyakit ini menyebabkan manusia sakit tekak, pening kepala, demam, loya dan muntah. Selain itu, ia juga boleh berjangkit ke bahagian otak dan mengawal pernafasan serta mengawal keupayaan menelan dan menyebabkan penghidapnya mengeluarkan air liur yang banyak dan menjadi agresif. Manusia yang dijangkiti penyakit ini juga boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat.
Tips Pencegahan Anda boleh mengelak daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini dengan menjaga kebersihan kucing secara teliti. Pastikan sisa buangan dan najis kucing anda diuruskan dengan baik. Selain itu, anda juga haruslah memastikan kebersihan tangan sentiasa dijaga agar terhindar daripada penyakit-penyakit ini.
Sumber : Iluminasi.com Olahan : Izzat Ridzwan
Topic Berkaitan
#Gaya Hidup
#Tips
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement