gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ulas Isu Husband Provider, Intan Najuwa; "Sebelum Kahwin, Saya Dan Suami ..."
HIBURAN
Sekolah Saran Belajar Sambil Menjerit & Menari Untuk Cerdaskan Minda
HIBURAN
Ini Adalah Drama Perjuangan Wanita Paling Ikonik! Yang Terakhir Itu Paling Epik
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Penyanyi Fareez Fauzi, Anak Fauzi Nawawi Bernikah Di Usia 23 Tahun

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
20/12/2020
10:45 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Fareez Fauzi, Anak Fauzi Nawawi Bernikah Di Usia 23 Tahun
Anak pelakon Fauzi Nawawi yang juga penyanyi, Fareez Fauzi, 23, selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Nurwathiqah Abdul Wahab pada Ahad (hari ini).
Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di kediaman pengantin perempuan di Sri Menanti, Seremban, Negeri Sembilan secara tertutup.
Berita itu disahkan sendiri oleh ibu tirinya, Lisdawati dalam satu kemas kini di akaun Instagram miliknya.
“Syukur alhamdulillah, dengan izin dan takdir Allah, hari ni 20.12.20 tarikh pernikahan anak kedua kami @iamfareezfauzi dan pasangan @tyqawahab.
“Acara tertutup antara keluarga berlangsung di Sri Menanti, Seremban, Negeri Sembilan.
“Mama dan babah doakan semoga ikatan yang terbina kekal hingga ke Jannah,” katanya.
Menerusi entri tersebut, Lisdawati memuat naik foto bersama suami dan pasangan mempelai di majlis tersebut.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada mereka.
Fareez atau nama sebenarnya, Muhammad Fareez Hazwan itu merupakan penyanyi kelahiran sebuah rancangan realiti stesen televisyen. Dia juga baru muncul sebagai pelakon dalam drama Kifarah Buta di Astro Citra.
View this post on Instagram
A post shared by Lisdawati (@lisdawati15)
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Anak
#Fauzi Nawawi
#Fareez Fauzi
#Lisdawati
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement