,
Bollywood

Penyanyi Lagu-Lagu Popular Bollywood, Alka Yagnik Hilang Deria Pendengaran

Amri Hassan
19/06/2024
02:00 MYT
Penyanyi playback popular India, Alka Yagnik mengumumkan dirinya kini hilang deria pendengaran disebabkan masalah saraf sensori neural.
Keadaan itu disahkan selepas dirinya menjalani diagnosis pada minggu lalu.
"Lebih kurang seminggu lalu ketika saya berjalan keluar daripada kapal terbang, saya tiba-tiba melalui keadaan tidak dapat mendengar apa-apa.
"Selepas kejadian itu, ramai yang bertanyakan keadaan saya disebabkan tiada sebarang perkembangan berita daripada saya.
"Saya didiagnos oleh doktor hilang deria pendengaran akibat masalha saraf sensosi neural yang berpunca daripada serangan virus," maklumnya menerusi hantaran di Instagram.

BERITA TRENDING: Lata Mangeshkar Meninggal Dunia…

BERITA TRENDING: Dituduh ‘Meludah’ Mendiang Lata Mangeshkar, Shah Rukh Khan Buat Heboh! Tetapi, Ini Sebenarnya Yang Terjadi..

Mengharapkan doa daripada rakan dan peminat, Alka, 58, turut memberikan peringatan kepada orang ramai tentang risiko mendengar muzik terlalu kuat dan penggunaan headphone.
"Untuk peminat dan rakan industri yang masih lagi muda, sentiasa beringat-ingat untuk tidak terlalu terdedah dengan muzik yang terlalu kerap dan penggunaan headphone.
"Suatu hari nanti, saya harap dapat berkongsi tentang masalah yang saya hidapi ini kepada semua.
"Dengan sokongan dan kasih sayang anda, saya harap dapat kembali pulih dan bertemu dengan semua nanti," tambahnya.
Perkembangan mengejutkan itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan industri termasuk penyanyi playback India lain antaranya Sonu Nigam, Shreya Ghoshal, Ar Rahman, Shankar Mahadevan, Harshdeep Kaur dan Udit Narayan.
Alka Yagnik antara penyanyi playback popular dalam industri perfileman Bollywood. Antara lagu yang menggunakan suara merdunya ialah Taal Se Taal Mila (Taal), San Sanana (Asoka), Chori Chori Chupke Chupke dan banyak lagi.

BERITA TRENDING: [VIDEO] Penyanyi Bollywood Sahut Cabaran, Nyanyi Lagu Siti Nurhaliza Ketika Konsert Di Kuala Lumpur!

BERITA TRENDING: Konsert Shreya Ghoshal Ditunda Ke Tahun Depan, Luluh Hati Peminat - "Hotel Dah Book, Datang Dari Jauh... "

BERITA TRENDING: [VIDEO] Penyanyi Playback Bajrangi Bhaijaan, Jubin Nautiyal Bikin Konsert Di Malaysia Ogos Ini!

BERITA TRENDING: [VIDEO] “Satu Lagu Je Terus Trending!” - Salute! Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil, Dapat 60,000 Standing Ovation Di Konsert A.R Rahman

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tom Holand Sah Kembali Jadi Spider-Man: “Saya Tidak Sabar”

gempak
24/10/2024
03:45 MYT
Tom Holand akhirnya mengesahkan akan kembali bermain dalam saga ke empat Marvel yang cukup ikonik dengan dirinya, Spider-Man.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Viral

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

gempak
23/10/2024
13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
BorakSeeni