Seorang penyanyi pop terkenal Turki terpaksa meringkuk dalam penjara selepas dirinya ditahan kerana mempersendakan sekolah aliran agama.
Gulsen Colakoglu didakwa telah menimbulkan kebencian dan melakukan penghinaan terhadap sekolah aliran agama pada April lalu.
Mengikut fakta kes, Colakoglu hanya bergurau dengan salah seorang pemuziknya sewaktu membuat persembahan.
“Dia adalah lulusan dari Imam Hatip (sebuah sekolah aliran agama). Dari situlah sikap pervert (kelirunya) muncul,” kata Colakoglu.
Video tersebut kemudian tersebar luas dalam pelbagai platform media sosial.
Ia kemudian menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai sebuah penghinaan. Apa lagi mengaitkan tentang kecelaruan identiti dan keinginan seks dengan sekolah agama.
Penyanyi berusia 46 tahun itu kemudian ditahan di rumahnya di Istanbul dan pihak berkuasa menjalankan soal siasat terhadapnya.
Sepanjang sesi soal siasat dia dipenjarakan pihak berkuasa.
Colakoglu bagaimanapun menerusi rayuannya mengatakan tidak membuat sebarang kesalahan jenayah, lapor CNN seperti dikeluarkan agensi berita Anadolu.
Selepas ditahan, Colakoglu meninggalkan pesanan lewat bebenang di Twitter dan menulis di Instagramnya.
Dia meminta maaf kepada semua pihak yang terasa dan tidak boleh menerima gurauan yang dilakukannya terhadap rakan sendiri.
Colakoglu juga mendakwa dirinya telah difitnah orang individu yang mempunyai kepentingan peribadi terhadap negara.
“Saya minta maaf kepada mana mana pihak yang berasa ucapan saya dalam video tersebut sebagai tidak wajar,” tulisnya.
Sebelum ini Colakoglu memang sudah menjadi sasaran pihak konservatif kerana secara terang terangan mengaku dan menyokong golongan yang bercinta sesama jenis.
Maliah Surip
Sun Aug 28 2022


Diberi Gelaran ‘Unproblematic Alif’, Selalu Dijadikan Contoh, Alif Satar Terima Pujian Seadanya
Alif mahu jadi diri sendiri

Tunai Permintaan Peminat Berusia & Berpasangan, Ungu Wujudkan Zon UNGU!
Ada apa dengan kategori UNGU tu?

Mira Filzah Bakal Beraksi Dalam Filem Arahan Hanung Bramantyo - “Melebarkan Sayap Ke Indonesia Sudah Menjadi Impian Saya…”
Tahniah Mira!

All Stars Gegar Vaganza: "Dia Sangat Sedap Menyanyi, Tapi Tantrum Tu Buat Kami ..." - Ulas Ramli MS Fasal Azharina
Tok Ram kata Azharina tak ada sumbang.

Netizen Kata Leona Macam 'Mak Anak 5', Empunya Badan Respon; "Adakah Mak Kamu..."
Leona akui tidak terkesan dengan komen netizen

Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri Umum Bercerai - “Kami Percaya Itu Adalah Yang Terbaik”
Doakan yang baik-baik.

Ramai Back Up Nas Jadi Keluang Man - “Dia Bukan Pelakon Cikai Ya, Yang Tak Kenal Ni Mesti Budak BBNU”
Ramai suka Nas berlakon.

Pertama Kali Berganding Sama Amir Ahnaf, Anna Jobling Kongsi 3 Sebab Perlu Tonton Syurga Itu Bukan Mudah!
Anna Jobling jayakan watak Aileen.

Siti Nordiana & 5 Sekawan Bermaafan, Setuju Selesai Kes Saman RM2.5 Juta
Semoga dipermudahkan

All Stars Gegar Vaganza: “Kalau Ada Penyingkiran Memang Nana, Dia Nyanyi Agak Teruk” - Datuk Ramli MS
All the best Nana untuk final.