Skip to main content

Aisha Retno Ada Kembar Seiras?

Astrogempak

Sekilas

  • Seorang pengguna Threads berkongsi video siaran langsung TikTok wanita yang dikatakan mirip penyanyi Aisha Retno.
  • Aisha Retno sendiri meninggalkan komen lucu di perkongsian tersebut, menarik perhatian ramai netizen.
  • Video itu menjadi tular dengan ribuan tanda suka dan reaksi lucu daripada pengguna media sosial.
Advertisement

Seorang pengguna di Threads mencuri perhatian ramai selepas berkongsi sebuah potongan video siaran langsung TikTok milik seorang wanita yang didakwa memiliki wajah seiras penyanyi, Aisha Retno.

Menerusi perkongsian tersebut, wanita berkenaan dilihat sedang bersiaran langsung sambil berinteraksi dan membalas komen daripada para pengikutnya.

Advertisement

“Weh aku jumpa kembar Aisha Retno,” tulis pengguna berkenaan.

Perkongsian itu kemudian menjadi tular dan turut mendapat perhatian daripada Aisha sendiri yang dilihat meninggalkan komen lucu.

“Weh, puteri yang tertukar,” kata pelantun lagu Sutera itu.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja melihat persamaan wajah kedua-dua individu tersebut, malah ada yang menyifatkan mereka seperti kembar yang terpisah sejak kecil.

Hantaran itu setakat ini meraih ribuan tanda suka dan perkongsian, selain dibanjiri pelbagai reaksi lucu daripada netizen.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Must Watch Video

Advertisement