Skip to main content

Hiburan

Netizen Kagum Lihat Buku Persiapan Lisa Surihani Untuk Tunai Haji - “Allah Jemput Sebab Preparation Dia Sungguh-Sungguh”

Lisa Surihani

Sekilas

  • Datin Lisa Surihani kini berada di Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan tular nota persiapan rohaninya yang penuh dengan doa dan zikir.
  • Nota tersebut dipercayai ditulis sendiri oleh Lisa sebagai persediaan menghadapi ibadah haji dan mendapat pujian ramai atas kesungguhan dan tulisan cantiknya.
  • Netizen memuji usaha Lisa yang bersungguh-sungguh membuat persiapan sebelum mengerjakan rukun Islam kelima itu dan mendoakan agar dia terus istiqamah dalam beragama.
Advertisement

Seperti yang diketahui ramai, pelakon iaitu Datin Lisa Surihani ketika ini sedang berada di Makkah bagi mengerjakan ibadah haji.

Terbaharu, tular satu perkongsian dibuat seorang individu dikenali sebagai Dr Amirul Hassan yang berkongsi nota persiapan yang dibuat isteri kepada penyanyi dan pelakon, Daruk Yusry Abdul Halim itu sebelum berangkat mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Advertisement

Menerusi hantaran yang dibuat, dapat dilihat sebuah buku catatan yang penuh dengan doa, zikir serta persiapan haji dipercayai ditulis dan disediakan oleh Lisa sendiri.

“Amaze sangat dengan catatan Hajah Lisa Surihani sebagi persediaan rohaninya menghadapi hari-hari haji.

“Banyak doa-doa yang saya share dia sendiri aware dan hafal, masya-Allah.

“Beliau meminta doa kita agar terus istiqamah dalam beragama,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan kata pujian terhadap Lisa yang dilihat begitu bersedia membuat persiapan sebelum mengerjakan ibadah haji.

“Masya-Allah, Allah jemput dia mengerjakan haji kerana preparation dia yang bersungguh-sungguh.

“Cantiknya tulisan hajah.

“Masya-Allah, terbaik hajah Lisa,” komen netizen.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement