Hiburan

Penyanyi Tiba-Tiba Beremosi Lempar Mikrofon & Tinggalkan Pentas! Ini Cerita Sebenarnya...

gempak
Khairil Khusyairi
10/09/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Tiba-Tiba Beremosi Lempar Mikrofon & Tinggalkan Pentas! Ini Cerita Sebenarnya...

Penyanyi Gilga Sahid menjadi perhatian apabila aksinya melempar mikrofon ketika membuat persembahan di atas pentas di sebuah pusat beli belah di Cirebon, Jawa Barat, Indonesia, baru-baru ini.

Lempar Mikrofon & Tinggalkan Pentas

Menerusi video yang tular, Gilga atau nama sebenarnya Gilga Sahid Hardiansyah, melempar mikrofon begitu saja lalu meninggalkan pentas sehingga membuat penonton tergamam.

Tidak berdiam diri, penyanyi kelahiran Madiun itu tampil memberi penjelasan mengenai tindakannya itu di Instagram (IG).

Menurut Gilga, tindakan spontannya itu dilakukan sebagai tanda protes terhadap penganjur yang menghentikan persembahannya secara tiba-tiba.

“Saya hempas mikrofon secara spontan untuk menunjukkan kepada penganjur bahawa saya kecewa. Maaf atas kekasaran saya.

"Sekurang-kurangnya kalau nak suruh berhenti, jangan buat tengah-tengah lagu. Bersopan-santun sikit, saya kesian pada yang dah bayar, datang dari jauh. At least, jangan hanya beritahu saya, jelaskan kepada semua orang mengapa perlu berhenti," tulisnya.

Mohon Maaf

Sehubungan dengan itu, pelantun lagu Alololo Sayang itu tampil memohon maaf atas kesalahannya itu.

"Saya minta maaf sekali lagi kerana saya melemparkan mikrofon kerana saya menjadi emosi dan saya rasa saya gagal untuk menghiburkan anda semua," tulisnya lagi.

Difahamkan, pihak penganjur terpaksa berbuat demikian kerana atas arahan pihak berkuasa yang mengatakan acara tersebut sudah melebihi masa yang ditetapkan.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live