Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Penyewa ‘Naik Hantu’ Kucing Oyen Peliharaan Disembelih, Dimakan Tuan Rumah Untuk Ubati Diabetes!

Gempak
14/08/2024 00:55 MYT
Seorang lelaki dikenali sebagai Nuryanto dari Semarang, Indonesia ditahan selepas didakwa menyembelih dan makan daging kucing atas alasan mahu menyembuhkan penyakit diabetes yang dihidapinya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, salah seorang penyewa terdengar bunyi pukulan dari luar dan segera menjengah untuk mengetahui apa yang berlaku.

Kucing disembelih

Ketika itu, penyewa rumah berkenaan melihat Nuryanto membawa seekor kucing jalanan yang sering sering diberi makan ke arah bilik mandi di belakang rumah. Nuryanto kemudian memasak dan makan kucing berkenaan.

Apabila ditanya mengenai tindakannya memakan daging kucing, Nuryanto memberitahu ia bertujuan untuk menurunkan kadar gula dalam darahnya.

“Kadar gula saya tinggi kalau saya tidak makan daging (kucing),” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Persoal Tindakan Kongsi Video Kucing Sakit, Ceddy Ang: “Ada Saya Guna Duit Awak?”

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing Disangka Hilang, Rupa-Rupanya Dibaham Harimau Akar!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Pilu Lihat Kucingnya ‘Terseksa’ Ditembak Pengawal Keselamatan - “Kan Boleh Halau Pakai Air…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil Wuduk Dengan Air Sisa Minuman Kucing, Ini Hukumnya Dalam Islam Menurut Ustaz Azhar Idrus

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga Vietnam Halau Pelancong Israel - “Kami Hanya Terima Manusia, Anjing & Kucing Sahaja”

Ditanya pula kenapa dia tidak makan daging ayam, Nuryanto berkata: “(Beli dengan) duit siapa? Maaf jika kamu terganggu. Diabetes saya sangat teruk,” katanya.

Penyewa itu bertanya kembali bagaimana dia tahu yang daging kucing boleh merawat diabetes, Nuryanto membalas: “Kalau saya makan daging, ayam, ikan, kadar gula saya tinggi,” kongsinya.

Ubat diabetes

Penyewa kemudian itu berkata: “Oyen yang saya selalu beri makan. Kenapa kamu sanggup bersikap kejam?”

Dia lalu menjawab: “Lebih baik kucing itu mati daripada saya,” kata Nuryanto.

Nuryanto kemudian ditahan atas laporan yang dibuat ke atas dirinya. Tindakannya itu didakwa disebabkan faktor ekonomi dan juga kekurangan ilmu pengetahuan.

Ketua Polis Daerah Gunungpati Semarang Pesuruhjaya Agung Raharjo berkata, tuan rumah kononnya telah menyembelih dan memakan 10 ekor kucing dalam tempoh setahun.

Khabarnya, dia melakukannya untuk mengubati penyakit kencing manis yang dihidapinya selama 10 tahun.

Sumber: TikTok, CNN Indonesia, TribunNews

#Kucing #Diabetes #Sembelih