Bekas isteri pelakon Luqman Hafidz, Nurul Atiqah Mad Apandi akhirnya mendedahkan wajah seorang wanita yang didakwa menjadi punca masalah rumah tangga mereka.

Selain wajah, Atiqah menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya juga turut menulis kapsyen ringkas yang menggambarkan wanita dikenali sebagai Eryn Gani itu merupakan orang ketiga dalam perkahwinan mereka.

“Penyondol, victim,” tulisnya ringkas.

Sementara itu di ruangan komen, netizen menyatakan bahawa wanita itu merupakan seorang pelakon yang pernah bergandingan bersama Luqman dalam sebuah drama.

BACA: “Kami Berpisah Cara Baik” - Luqman Hafidz Mengaku Sudah Bercerai Sejak Jun

Sebelum ini, Atiqah pernah memberi bayangan bahawa rumah tangganya goyah akibat gangguan orang ketiga.

BACA: Bekas Isteri Luqman Hafidz Dakwa Rumah Tangga Musnah Gara-Gara Orang Ketiga? - “Semoga Kalian Bahagia Di Atas Penderitaan & Kesedihan Saya”

BACA: Luqman Hafidz Jawab Orang Ketiga Punca Bercerai – “Saya Ada Ramai Teman Wanita Tapi…”

Terdahulu, Luqman dan Atiqah berkahwin pada 20 Mac 2020 dan dikurniakan seorang anak Perempuan, Eve Laura.

Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang apabila pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai dengan cara baik pada 31 Jun tahun lalu.