Hiburan

"Perancangan Yang Hebat Tapi Perancangan Allah Lagi..." - Gagal Ke Final GV2019, Noorshila Amin Anggap Ia Sebagai...

Hanafis Haris
15/12/2019
19:55 MYT
Tersingkir di konsert separuh akhir, bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Noorshila Amin menyifatkan ia sebagai satu lumrah dalam sesuatu pertandingan realiti.
Menurut Noorshila, dia sedikit pun tidak berasa ralat apabila gagal melayakkan diri ke peringkat akhir.
"Saya langsung tak ralat kerana saya dah tahu inilah realiti show. Perancangan yang hebat tapi perancangan Allah lagi hebat.
"Saya dah buat yang terbaik tapi inilah realiti show," katanya.
Jelas Noorshila, sepanjang bertandingan di GV2019, dia juga banyak berlawan untuk hasilkan persembahan yang terbaik.
"Saya banyak berlawan dan cuba buat yang terbaik seperti mana peminat harapkan.
"Minggu satu hingga ke-10 banyak lagu saya dapat.
"Saya cuba buat susunan terbaik, malah bila dapat lagu sendiri juga saya terpaksa berlawan dengan diri sendiri. Kena cari sesuatu yang berbeza," katanya.
Selain Noorshila, Wann juga menerima nasib sama apabila bintang itu turut tersingkir pada konsert yang berlangsung malam tadi.
Noorshilla membawa lagu Kerna Terpaksa dan Dialah Di Hati (duet bersama Ifa Raziah) manakala Wann menyanyikan lagu Ku Gembira Di Sampingmu dan Dua Insan (duet bersama Zarul Umbrella).
Hady Mirza pula berjaya menggungguli kedudukan tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 82 peratus menerusi lagu All My Life dan Takdir Tercipta (duet bersama Dia Fadilla).
Untuk rekod, GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Jika anda terlepas menonton konsert minggu ketiga GV2019 atau ingin menonton secara 'live streaming'.
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut ditaja bersama oleh Adabi, Cuckoo, Powercat, Uphamol dan Digi selaku telco rasmi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
the-hardest-singing-show

Debaran Kemuncak Konsert Final THSS: Ini Harapan Dan Ucapan Barisan Juri The Hardest Singing Show

gempak
13/07/2024
07:55 MYT
Konsert akhir itu bakal menyaksikan Stacy, Aisha Retno, Ayda Jebat, Putera Muhammad, Aepul Roza dan Zizie Kirana bersaing merebut gelaran juara.
Hiburan

Layak Ke Grand Final WCOPA 2024 Di Hollywood, Umai Gementar, Sentiasa Ingat Pesan Datuk Siti - “Mak Iti Kata Jangan Malu, Berikan Sehabis Baik”

gempak
05/07/2024
04:55 MYT
Anak saudara kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Umairah, 13, melakar sejarah yang tersendiri apabila ke peringkat akhir World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 yang berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, Sabtu ini.
Hiburan

Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”

gempak
06/05/2024
00:55 MYT
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Siapa Juara Di Sebalik Topeng? Ini Tekaan Yang Dibuat Oleh Penonton!

gempak
18/02/2024
04:55 MYT
Siapa bakal dinobatkan juara?
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Jaclyn Victor Mohon Peminat Bertenang - “Bukan Saya Yang Beri Markah, Anggap Ini Rezeki,”

gempak
11/12/2023
03:57 MYT
Netizen jangan gaduh-gaduh.