Terkini
Percaya Pada Rezeki, Syazuwan Hassan Terus Usaha Untuk Ceburi Dunia Filem
Pelakon Syazuwan Hassan menyatakan hasratnya untuk mengembangkan lagi bakat lakonannya dan menceburkan diri dalam industri perfileman.
BERITA BERTKAITAN: Wani Kayrie Enggan Terburu-Buru, Keluarga Tak Galak Kahwin Muda - “Saya Banyak Komitmen, Kadang-Kadang Sabar Itu Lebih Indah”
BERITA BERTKAITAN: Ruangan Komen Diserang Netizen, Syazwan Zulkifly Nafi Pelakon Yang Belasah Kekasih
BERITA BERTKAITAN: Haliza Maysuri Belanja RM3.5 Juta Sambut Menantu Sulung, Gaun Pengantin Saja Dah Cecah RM300,000!
BERITA BERTKAITAN: “Saya Tak Ralat Jika Dibayangi Oleh Abang” - Syazwan Razak Terima Tawaran Berlakon Filem Bukan Sebab Syafiq Kyle
Malah, kata pelakon yang popular dengan drama Titian Takdir itu, dia tidak mahu terlalu 'selesa' dengan perjalanan kariernya ketika ini serta mahu mengelakkan dirinya digelar sekadar pelakon drama sahaja.
“Saya sebenarnya kalau boleh nak keluar dari kepompong ini. Maksud saya, kalau boleh sudah tentu saya nak jadi yang lebih baik.
“Pernah juga terfikir nak banyakan lagi projek-projek atau kerja yang melibatkan filem sekuranya bakat saya bolehlah dikembangkan,” ujar Syazuwan kepada Gempak.
Bagaimanapun pemilik nama, Muhammad Syazuwan Hassan,34, berkata dia sedikit pun tak berasa kecewa sekiranya peluang untuk berlakon di layar perak belum kunjung tiba.
“Tetapi jujur saya cakap.. Saya tak kecewa jika impian itu belum tercapai lagi. Kerana saya percaya pada rezeki.
"Insya-Allah mungkin hasrat itu terlaksana satu hari nanti," ujarnya ketika ditemui di set pengambaran Bisikan Dosa baru-baru ini.
Syazuwan kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Bisikan Dosa arahan Faizul A Rashid.
Pelakon tinggi lampai ini juga mengakui gembira menjayakan projek filem berkenaan.
Selain Syazuwan, filem ini turut dibintangi Farid Kamil, Uqasha Senrose dan Sherry Merlis.
Must-Watch Video