Gaya Hidup

Pergh! Kedai Belum Buka Tapi Dah Beratur Panjang? Hebat Bubble Tea Anak Muda Ni!

Hanafis Haris
21/06/2019
13:31 MYT
Nampak gayanya trend minuman bubble tea masih belum berakhir.
Terbaru jualan bubble tea dijual oleh seorang pemuda di Bangi telah menarik perhatian ramai apabila ada yang sanggup beratur panjang untuk merasai minuman terbabit.
Menurut pengguna Twitter dikenali sebagai Alia, harga minuman yang dijual lelaki terbabit jauh lebih murah daripada kafe bubble tea sekitar ibu kota.
Harga yang dijual hanya sekitar RM6 hingga RM8.
"Gais boleh bertenang tak ? Kedai tak bukak lagi tapi beratur panjang gila. Rezeki abang tu.
"I dah pergi beli. Sedap dan berpatutan dgn harga," katanya. Sementara itu rata-rata netizen turut menyambut baik usaha peniaga terbabit menghasilkan minuman berkenaan dengan kadar harga mampu milik.
Malah, tidak kurang juga yang memberi cadangan dan kritikan membina untuk peniaga terbabit menambah baik perkhidmatan disediakan.
"Nice! semoga maju jaya dan boleh lawan peniaga yang jual 12.90 ke atas tu. Make sure kekalkan harga, confirm bertahan lama," kata seorang daripada netizen.
Difahamkan gerai terbabit dibuka di kawasan pasar lambak berdekatan Bangi Gateway bermula jam 6 petang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).
Hiburan

Adidas Mohon Maaf Pada Bella Hadid - "Kami Melakukan Kesilapan Yang Tidak Disengajakan"

gempak
25/07/2024
02:30 MYT
Syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas memohom maaf kepada supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid.
Hollywood

Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

gempak
25/07/2024
00:30 MYT
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.