Viral

“Perghh! Padu Menteri Kewangan Kita, Pace 4 Tu…Laju!” – Warganet Kagum Stamina Tengku Zafrul!

gempak
Fiza Kamarudin
04/07/2020
14:15 MYT
Sponsor Banner
“Perghh! Padu Menteri Kewangan Kita, Pace 4 Tu…Laju!” – Warganet Kagum Stamina Tengku Zafrul!
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sepanjang hari ini menjadi perbualan warganet selepas memuat naik catatan masa selepas menjalani latihan pecut (speed training).
Perkongsian yang dibuat Tengku Zafrul menerusi laman sosial Facebook (FB) beliau telah mendapat 33,000 reaksi, 2300 komen dan dikongsi lebih 1200 warganet sejak dimuat naik sejak jam 8 pagi tadi (Sabtu) sehingga artikel ini ditulis.
Sementara itu di Instagram (IG), hantaran yang sama turut mendapat perhatian lebih 10,000 pengikut dengan ratusan komen.
Rata-ratanya kagum dengan catatan masa yang dicatat Tengku Zafrul iaitu di bawah lima minit bagi setiap kilometer (KM).
“Pagi ini saya menjalani latihan pecut atau “speed training” yang bertujuan menambah kelajuan dan stamina.
“Alhamdulillah berjaya mencatatkan masa bawah 5 minit bagi setiap km.
“Bagi yang ingin tahu “routine” saya, pagi ini saya mulakan dengan larian memanaskan badan 4km, 5km larian pecut dan kemudian “warm down” untuk 4km.
“Cara terbaik memulakan hujung minggu, harap semua sahabat FB turut beriadah dengan aktiviti kegemaran masing-masing!,” tulis beliau.
Dalam pada itu, ada juga warganet yang berpesan kepada Tengku Zafrul supaya sentiasa berhati-hati dengan persekitaran, tambahan lagi beliau sering mengemaskini aktiviti dan lokasi yang dikunjungi.
Pada minggu lalu, Tengku Zafrul meraikan kejayaan pasukan bola sepak kegemarannya, Liverpool yang muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan berlari sejauh 21.1 kilometer di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live