Suami kepada pelakon popular Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari mendedahkan perkembangan setiap anak berbeza mengikut pelbagai faktor.

Justeru, Dr. Izzar berkata ada sebab mengapa seseorang anak itu lambat perkembangannya.

Menurutnya, sebagai ibu bapa perlu memberi anak mereka masa dan jangan bandingnya dengan anak-anak yang lain.

Dr. Izzar turut berkongsi informasi mengenai faktor masalah perkembangan anak lambat atau development delay.

“DEVELOPMENTAL DELAY

“Perkembangan (development) adalah pemerolehan skil-skil dan kebolehan secara progresif dan mengikut urutan semasa kanak2 membesar. Ni skil/kebolehan seperti nak start meniarap sendiri, nak merangkak n nak berjalan macam tu la

“Perkembangan ni dipengaruhi oleh faktor genetik, neurologikal, fizikal, persekitaran, dan emosi

“Ibu bapa mesti ada pengalaman jumpa orang pastu orang tu dok compare pulak dengan anak dia dengan anak kita. Cakap anak dia tu cepat merangkak/berjalan la berbanding anak kita. Sabau jela kan.

“Sebenarnya perkembangan setiap anak ni berbeza-beza ye.Tak sama semuanya. Bergantung kepada faktor yang saya sebut di atas

“Ada anak yang lambat start berjalan sebab memang dalam family dia lambat.Abang kakak dia tu pun lambat berjalan

“Ada anak yang masa kecil lagi dah sakit n masuk hospital lama.Tu tak sempat nak stimulate n belajar skil-skil tu lagi

“Ada anak yang sihat walafiat tapi kat rumah takde kawan (kakak/abang) nak stimulate dia belajar skil. Mak ayah busy la katakan

”Banyak sebab perkembangan anak-anak ni lewat dari usia yang sepatutnya (Developmental Delay). Kita tak boleh samakan anak kita dengan anak orang lain.Masing-masing ada perjalanan sendiri. Lama-lama anak tu dapat la skil tu. InsyaAllah


“So, bila kita patut risau yang anak kita ni slow sangat nak berkembang? Sila swipe n tengok 'Key Developmental WARNING SIGN'. Kalau anak-anak tu ada warning sign ni, memang kena jumpa Doktor terus ye. Tapi kalau dah memang under follow up klinik kanak-kanak, Doktor anda patut dah perasan dah tu,” tulisnya.

Dr. Izzar berkongsi informasi berguna itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai terutama ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Rata-rata bersetuju dan terbuka kepada perkembangan anak-anak mereka selepas membaca informasi tersebut.

Izzar mendirikan rumah tangga dengan Ummi pada 23 Julai 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata Ayra Aneesa yang berusia 10 bulan.

DEVELOPMENTAL DELAY . Perkembangan (development) adalah pemerolehan skil2 dan kebolehan secara progresif dan mengikut urutan semasa kanak2 membesar. Ni skil/kebolehan seperti nak start meniarap sendiri, nak merangkak n nak berjalan macam tu la ? . Perkembangan ni dipengaruhi oleh faktor genetik, neurologikal, fizikal, persekitaran, dan emosi . Ibu bapa mesti ada pengalaman jumpa orang pastu orang tu dok compare pulak dengan anak dia dengan anak kita. Cakap anak dia tu cepat merangkak/berjalan la berbanding anak kita. Sabau jela kan.? . Sebenarnya perkembangan setiap anak ni berbeza2 ye.Tak sama semuanya. Bergantung kepada faktor yang saya sebut di atas . Ada anak yang lambat start berjalan sebab mmg dalam family dia lambat.Abang kakak dia tu pun lambat berjalan . Ada anak yang masa kecil lagi dah sakit n masuk hospital lama.Tu tak sempat nak stimulate n belajar skil2 tu lagi . Ada anak yang sihat walafiat tapi kat rumah takde kawan (kakak/abang) nak stimulate dia belajar skil. Mak ayah busy la katakan ? . Banyak sebab perkembangan anak2 ni lewat dari usia yang sepatutnya (Developmental Delay). Kita tak boleh samakan anak kita dengan anak orang lain.Masing2 ada perjalanan sendiri. Lama2 anak tu dapat la skil tu. InsyaAllah ?‍?‍? . So, bila kita patut risau yang anak kita ni slow sangat nak berkembang? Sila swipe n tengok 'Key Developmental WARNING SIGN'. Kalau anak2 tu ada warning sign ni, memang kena jumpa Doktor terus ye. Tapi kalau dah memang under follow up klinik kanak2, Doktor anda patut dah perasan dah tu. ? #drizzarshares

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar) on