Laman Utama

“Perlu Dengar Pendapat Orang…” - Dikecam Kerana Video Menari, Mierul Aiman Terima Dengan Hati Terbuka

Mya Amri
06/12/2023
03:55 MYT
Pelakon, Mierul Aiman tidak mempunyai masalah dengan kritikan atau komen negatif yang dilemparkan kepada dirinya.
Sebaliknya, Mierul menganggap perkara itu merupakan asam garam dalam kehidupan seorang anak seni.
“Bagi saya kita sebagai pemain dalam industri ini adalah seorang pengkarya. Kita perlu mendengar kritikan atau pendapat daripada orang lain.
“Sebab itu adalah sebahagian daripada kerja kita. Kita dalam satu pokok yang sama. Kerja kita ini akan disiarkan dalam satu skala yang sangat besar.
“Jadi bila kita mempersembahkan cerita kita dalam skala besar, kita juga perlu terima pendapat dalam skala yang besar,” ujarnya.
Mierul berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai aksi tariannya dalam tayangan video sebuah konten majalah terkemuka yang menerima kritikan baru-baru ini.
Mierul ditemui selepas sidang media Home of Kids bertempat di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, Mierul juga menyatakan netizen berhak untuk menyuarakan pendapat mereka dan sebagai anak seni, dia mengambil teguran itu untuk memperbaiki dirinya ke arah yang lebih baik.
“Seperti mana yang kita belajar di sekolah, dalam apa sahaja kerja yang kita lakukan mesti akan ada pembakang.
“Mereka mempunyai pendapat yang kukuh, mereka menyuarakan apa yang mereka fikir dan kita sebagai pemain yang mendengar perlu menerima dan reflek kepada diri kita.
“Harus tahu sama ada, adakah benda itu betul atau perlu dibaiki untuk menjadikan diri kita lebih baik di masa hadapan.
“Saya enjoy dengan karier saya, saya enjoy this feel, seronok dalam padang ini, suka untuk berinteraksi dengan penonton.
“Insya-Allah dengan izinNya, kaki, tangan, karya dan jiwa saya bekerja demi industri ini,” ujarnya.
Terdahulu, selain Mierul, pelakon Amir Ahnaf juga menerima nasib yang sama apabila dia menerima kritikan kerana menari sambil mengenakan jaket denim tidak berbutang sehingga menampakkan bahagian dada dan pusatnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Buka Gerai Makan Di Tengah Kubur, Netizen Seram: “Tengah Malam Mesti ‘Ramai’”

gempak
25/07/2024
09:55 MYT
Sepotong video memaparkan sebuah gerai ‘jajanan’ dibuka di tengah-tengah tanah perkuburan di Pati, wilayah Jawa Tengah, Indonesia berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Viral

Tak Sampai 15 Saat, Kos Hukuman Gantung Di Malaysia Mahal - “Macam Tak Berbaloi…”

gempak
24/07/2024
12:55 MYT
Seorang pengguna di aplikasi X berkongsi kos hukuman gantung pesalah di Malaysia yang didakwa mencecah RM1,975 seorang.
Hiburan

Didakwa Menggeletis Selepas Badan Kurus, Netizen Backup Abby Abadi - “Nama Pun Berlakon..”

gempak
24/07/2024
11:55 MYT
Selepas tampil dengan penampilan yang semakin langsing, setiap hantaran yang dimuatnaik pelakon Abby Abadi pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

Perkongsian IG Dihujani Tahniah, Nina Ismail Sabri Bakal Dirikan Rumah Tangga?

gempak
23/07/2024
01:39 MYT
Perkongsian di Instagram bekas isteri kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri sekali lagi mendapat tumpuan ramai selepas dirinya memuat naik gambar bersama keluarga dan seorang jejaka yang hanya dikenali sebagai Hafiz.