Hiburan

Perlu Jujur Dengan Pasangan, Ayda Jebat Kongsi Tips Untuk Rumah Tangga Bahagia - “Memang Dari Awal Sebelum Kahwin, Saya Cakap Dekat Dia…”

gempak
Asyraf Roslan
04/11/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Perlu Jujur Dengan Pasangan, Ayda Jebat Kongsi Tips Untuk Rumah Tangga Bahagia - “Memang Dari Awal Sebelum Kahwin, Saya Cakap Dekat Dia…”
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat akui setiap individu yang mahu mendirikan rumah tangga seharusnya jujur dengan pasangan masing-masing bagi mengelakkan berlakunya salah faham pada masa akan datang.
Menurut pelantun lagu Memerang itu, jika setiap pasangan tidak telus mengenai diri masing-masing, mungkin akan memberi satu tekanan lain kepada mereka.
“Saya memang dari awal sebelum kahwin lagi saya cakap dengan dia yang saya tak pandai masak dan tak suka masak.
“Dan saya tak sangka dia okay. Sebab kadang-kadang bila kita tak transparent dengan benda-benda macam ini ia akan menjadi masalah pada masa hadapan.
“Contoh awak kata awak tak pandai masak atau tak bagi tahu awal-awal sebab nanti kalau ibu mentua suruh masak dan awak tak tahu, dah jadi satu masalah,” ujar Ayda ketika ditemu bual oleh sebuah stesen radio.
Pada masa sama, pemilik nama Nur Suhada Jebat, 32, setiap pasangan juga perlu ada persefahaman dalam menempuh bahtera perkahwinan.
“Saya akan bagi tahu apa yang saya tak boleh buat dan apa yang saya tak suka.
“Ini adalah kelemahan dan kekurangan, pasangan kita perlu tahu dahulu. Mereka harus menerima begitu juga sebaliknya.
“Dan ada masa kita sama-sama cuba berubah ke arah yang lebih baik,” kata Ayda.
Untuk rekod, Ayda dan Nabil telah selamat mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ana Nayla dan Aali Mateen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024